Anak Yatim Di Ambang Ramadhan
Setelah setahun berlalu lawatan dan bantuan Mutiara Infaq kerumah 2 orang anak yatim piatu ini, sekali lagi anggota Mutiara Infaq menziarahi mereka yang tinggal di jalan Kuala Sepetang, Taiping, bagi menyampaikan sumbangan, bertujuan meringankan beban mereka semasa Ramadhan ini dan Hari Raya kelak.
Setelah setahun Mutiara Infaq membuat kebajikan dan menghebahkan mereka ini di dada akbar, kini mereka sudah mendapat perhatian orang ramai. Rumah tempat tinggal mereka yang dulunya dipotong air dan letrik telah disambungkan kembali.
Kelab Motor SYM Otai yang dulu menziarahi mereka bersama Mutiara Infaq tahun lalu juga telah datang lebih awal.Kelab SYM Otai telah bergotong royong menganti atap dan membina bilik air baru, serta mengecat bahagian depan rumah mereka.
Mutiara Infaq yang menyumbang bulanan kedalam akaun bank kedua orang anak ini juga mendapat berita gembira, apabila ada seorang dari Kedah yang datang menyumbangkan RM4000.00, sebagai belanja perubatan alternatif yang dilakukan oleh seorang dari Sarawak. Mengikut pengkuan Opah dan emak saudara, mereka berdua sudah semakin sihat, dan laporan darah yang di buat di makmal menunjukkan mereka semakin sihat. Dermawan dari Kedah ini memaklumkan bahawa dia mendapat berita anak anak ini dari akbar yang menyiarkan program Mutiara Infaq tahun lalu.
Untung bila program disirkan oleh media......
Comments