Kaya Dengan Gaya Hidup Bermewah

Zaini Aboo Hassan Pemilik Syarikat Entertainment terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Bergaya dengan berbagai jenama dan jenis kenderaan bermotor mewah dan klasik.

Donald Trump yang memiliki kekayaan dengan gaya hidup bermewah, tidak pernah mengalah walaupun ketika empayer milik beliau merudum...
Despite his failed Presidential hopes, Trump’s empire still came out in the black this year. The real-estate mogul, who is worth $2.7 billion, pulled in $60 million last year and hit the list at #17.
Don King seorang promoter acara tinju bertaraf dunia, tidak akan mengubah gaya hihup mewah beliau

Memilih gaya hidup adalah satu ciri membina masa depan. Biasa dengar perpatah Melayu 'Ukur Baju Badan Sendiri' . Biasanya , ramai orang yang salah tafdir pepatah ini, mereka melihat dari sudut negatif dan kebelakang.

Seorang nelayan yang siap sedia turun ke laut, akan memakai pakaian kelaut, baju tebal berwarna lusuh, berlengan panjang, berkasut selipar dan bertopi besar. Dia juga, semasa tidak turun kelaut, akan bergaul di warung kopi, dan berbual pasal pukat, ikan, musim, angin dan ribut.

Seorang pemain bola yang bersiap sedia turun padang, akan memakai seluar pendek, baju T, Stokin tinggi sehingga paras lutut, dan semasa di tempat lepak, mereka akan berbincang tentang perlawanan tempatan yang akan datang, pemain bola pujaan mereka samada luar atau dalam negara. Mereka bercita-cita memiliki pakaian dan kelengkapan sukan berjenama mewah yang dipakai oleh bintang bolasepak kegilaan mereka. Gaya mainan bintang tersebut. Kalau tak dapat yang asli, yang pirate pun kira boleh .. belasah saja la...

Seorang yang bercita-cita nak jadi ustaz yang popular, dia akan siapkan dirinya berpakaian jubah, serban, dan sebahagiannya akan berusaha meniru bahasa dan telo penceramah idaman mereka. Ada yang berasal dari utara, bila sampaikan kuliah atau ceramah, dia berbahasa loghat pantai timur. Kalau idolanya dari pantai timur!

Sekiranya seseorang itu ingin berjaya dalam sesuatu bidang dia akan mempersiapkan dirinya kearah itu, pemikiran, pemakaian, pergaulan dan tempat tinggal.

Kawan saya sudah berjaya, sebahagian besarnya membentuk gaya hidup mereka seawal bangun tidur lagi. Apa mereka akan jadikan diri mereka sekarang dan masa depan.

Kerana Allah jadikan manusia begitu hebat, apa tidaknya, otak dan fikiranya sampai sebelum jasadnya. Cuba bayangkan kalau kita nak makan Nasi Kandar. Mulanya otak kita rancang nak makan nasi kandar, dah otak mula merancang kedainya, lauknya, kuahnya yang membanjir, sehingga dia terlupa bulu tangan mamak yang menggagau lauk dari dalam periuk untuk diletakan dalam pinggan yang akan di jammah... uhhh sedap.. Sekarang dia mula bersiap pakaian dan kenderaan, serta jalan mana yang paling pantas sampai. Jasadnya baru sampai ke destinasi dan matlat itu.
Otak sampai sebelum jasad, Persiapan sebelum kejadian.

Anda kemana selepas ini??

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan