Dinar Kelantan Pelaburan Yang Luar Biasa Untung
Semalam saya terima sms dari Dato Husam, 'Esok KB ke Pg sampai 12.30, makan bawal dan jumaat di Bayan Lepas'. Sudah terbiasa dengan gaya Lone Ranger Dato Husam ini, saya cuma jawab 'ok'.
Seperti biasa saya kalau dapat pimpinan, saya akan maklum semua yang saya kenal, supaya dapat berkongsi dan bertukar maklumat. Saya call Azran Chan dan Abd Razak supaya dapat cari kedai yang dibuka sebelum solat Jumaat.
Pagi jam 10.15 pagi sedang saya dipentas Sekolah meyampaikan hadiah dan sumbangan, mana boleh tak hadir, YDP PIBG, nanti waris hamput dan maki saya. Saya dihubungi oleh Abd Razak, 'Makan di kedai Kampung Binjai ada bawal ! katanya ringkas.. Setelah jam 12.30, saya jemput Dato Husam di Lapangan Terbang Bayan Lepas, dan terus bawa dia ke Kampong Binjai untuk makan Bawal dan Gulai Ikan Semilang.
Saya berbual khabar tentang Dinar Emas Kelantan. 2 minggu lepas saya ke Fetival Makan Cheng Ho, di Kota Bharu. Semasa disana saya didatangi oleh sukarelawan Dinar Emas Kelantan, yang minta saya mendaftar sukarelawan dan menggunakan Dinar Emas Kelantan dalam urusan perniagaan Hospital saya.
Dalam berbincang dengan Dato Husam semasa makan tadi dan dalam kereta, dia dengan bangga menjelaskan bahawa, Kerajaan Kelantan yang bermodalkan RM1juta sebagai modal mula untuk Dinar Emas Kelantan, kini sudah menjadi RM10juta, tak sampai 3 tahun pun lagi umur program ini ! katanya. Pembelian Dinar Emas pula dibuat oleh unit ini setiap 2 minggu . Husam juga maklumkan, mereka akan menerbitkan Dirham, mata wang perak dalam versi baru, berwarna. Beliau mensasarkan golongan muda sebagai fokus pengguna dan pasaran .
Baru saya ingat, tahun lepas saya ke Festival Cheng Ho bulan November. Harga Dinar Kelantan sekitar RM300++, sekarang harga Dinar RM741.++. Memang pelaburan yang untung luar biasa. Untung lagi Kelantan, kerana ada Dato Husam.....

Comments