BERSAKSIKAN ALLAH.
Saya mengerjakan Umrah beberapa hari lalu, sebagai mensyukuri akan nikmat Allah, berikutan selesainya kerja-kerja mendapatkan lesen dua lagi Hospital DBM. 2 tahun lamanya saya berusaha, bekerja dan bersabar serta berdoa, untuk saya nikmati dan kecapi anugerah Allah ini. Sebagai Pengerusi kumpulan DBMhospital. Mana lagi saya nak mengadu dan bersaksi akan kebesaran dan nikmat yang diberikan ini?
Semasa di bumi Haram ini, saya telah ditunjukan paparan scren telefon tangan yang tertulis seperti berikut, 'Saya pemberita TV Selangor, Nak minta pandangan Dato berhubung sumpah laknat yang akan di buat oleh Dato'T' di Masjid Jumaat ni'.
Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti bagi kerajaan negeri Selangor, kebetulan bersama saya sepanjang ziarah saya ke Turkey dan Umrah kali ini. Beliau yang begitu mesra dengan saya dan keluarga, telah menunjukan paparan telefon beliau, sambil mengeluh, 'Saya dah jawab hal sumpah ni, masa kes Saiful dulu lagi'. sambungnya lagi, ' Malu kita pada orang bukan Islam, Undang-undang menuntut bukti, saksi dalam penghakiman, kita main sumpah pula. Kalaupun nak bersumpah, orang kena tuduh yang bersumpah, bukan yang menuduh!'. Ketika itu saya bersama beliau sedang di lobi hotel di Mekah, menunggu kereta datang ambil kami untuk ke Miqat di Tana'im, yang terletak sekitar 6 Km dari kota Mekah di perjalanan ke Madinah.
Bunyinya macam mereka yang menuduh D.S Anwar Ibrahim berzina, merasakan orang tak percaya mereka. Orang ramai mempertikai penyaksian mereka. Orang ramai mempersoalkan kredibiliti mereka. Dunia sudah terbalik! orang yang menuduh pula rasa bersalah dan terpaksa bersumpah, bagi meyakinkan diri mereka dan kawan mereka.
Saya tertinggal banyak berita perkembangan negeri tanahair. Rupanya Malaysia sedang bergelut dengan berita dari orang dan media yang persis munafiq Abdulah bin Ubai yang hidup semasa zaman Nabi S.A.W. Menggunakan masjid sebagai alat memperkuatkan sokongan dan pengaruh serta hujah. Kalau mereka gunakan saluran dan kaedah biasa, mereka gagal dan dicemuh serta ditolak oleh orang ramai.
Satu lagi saya boleh ambil pengajaran dari lawatan di Turkey sebelah Eropah, atau Istanbul. Ketika mana Sultan Muhamad Al-Fateh sedang berusaha menawan dan membuka kota Constantinople nama ketika itu, untuk dijadikan kota Islambul, kemudian ditukar pula kepada nama Istanbul. Musuh beliau, Raja kerajaan Bizantin ketika itu, telah berulang alik ke gereja Kristien Otodok bagi berdoa, bukan bersaksikan kepada Tuhan yang dia percaya, tetapi dengan tujuan meyakinkan rakyat dan tenteranya. Dia juga telah menipu dan berlakon bertukar mazhab kepada Katolik, bagi menarik sokongan kerajaan-kerajaan kecil Eropah.
Bersaksikan Allah supaya kita berjaya !!!!
Comments