Posts

Showing posts from October, 2010

Galas kearah Bebas BN

Image
Tokong Cina Kg Pulai, Bukti Cina bertapak di Gua Musang 400 tahun dulu Galas guna Jentera BN???? Penolong Penyelia DUN Bayan Lepas dan petugas siap sedia di Masjid Batu Papan Gua Musang Sarapan di Pekan Lama Gua Musang,selepas Solat Subuh. PRK Galas yang sedanng berlangsung ini akan melihat DUN Galas akan bebas dari BN, PRK Galas ini akan melihat Pelajar Bebas politik dari cengkaman BN. PRK Galas ini akan membebaskan rakyat dari Perkauman BN

PRK Galas Ragut Hak Pelajar

Image
Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis. Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan. Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam. Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah. Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan. "Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. "(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani. Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila me...

Hillary Clinton bertemu Anwar Ibrahim?

Image
Gegak gempita Putrajaya, angin lawatan Hillary bertiup kencang akan mendengar kabarnya, akan bertemu dengan Anwar Ibrahim. Panglima tanpa portfolio Nazri Aziz pun bertempik riuh, membantu Tuannya supaya Hillary tidak berjumpa Anwar, kononnya Anwar hanya akan berbohong dan memburukkan Malaysia. Kenapa takut, kalau Anwar Ibrahim seorang pembohong, pastinya terbongkar pembohongan itu, dengan silat pencak yang di buat diMahkamah, oleh Hakim yang menjalankan kes, dalam keadaan Anwar dan Pasukan Pembelanya diikat maklumat, diikat tangan, di tanpal mulut saksi. Pasti Hillary datang untuk lihat Anwar Ibrahim kalah di gelangang Mahkamah Malaysia. UMNO dan juak-juaknya pasti berpusu-pusu keseluruh pelusuk negara mengatakan Anwar Ibrahim seorang jahat. Takut apa pada Anwar Ibrahim, kalau Hillary datang nak tenguk Parti Anwar Ibrahim sedang hancur seperti gembur media prima dona Malaysia. Pasti kalah parti dia dalam PRU13

UMNO: Tanah Jadi Isu Perkauman

#petikan Berita Harian, 19.12.2006 PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) memulakan langkah awal dalam memenuhi matlamatnya meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial di bandar dengan membeli tiga bidang tanah seluas 50 hektar di Pulau Pinang. Ketiga-tiga bidang tanah itu akan dimajukan dengan projek perumahan mampu milik serta ruang perniagaan bagi memastikan Bumiputera tidak terpinggir dan kekal tinggal di bandar. Pembangunannya akan dilaksana secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010. PHBB, syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang memulakan operasinya September lalu itu, semalam memeterai dua perjanjian masing-masing dengan Island & Peninsular Development Sdn Bhd (I&P Development) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Di bawah perjanjian dengan I&P Development, ia membeli tanah pegangan bebas seluas 44.408 hektar di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada harga RM97....

Wan Rahim: Tiada Perjanjian Isu Royalti Dengan Tengku Razaligh

Image
GUA MUSANG, 29 Okt 10 : Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menolak dakwaan wujud “perjanjian” antara parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah supaya tidak isu royalti minyak tidak dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu. “Tiada apa-apa perjanjian pun,” katanya sambil menafikan wujud persefahaman politik antara PAS dan Tengku Razaleigh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Galas. Wan Abdul Rahim menegaskan, PAS masih tidak membangkitkan isu royalti minyak kerana tidak mempunyai penceramah yang bagus untuk mengendalikan isu royalti. “Kita akan bangkitkan (royalti minyak) tapi sekarang kita tidak mempunyai penceramah yang berkebolehan seperti Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS). “Bukan semua orang PAS boleh cakap pasal isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi. Baru boleh c...

UMNO:ISLAM PENGHALANG

Image
Anak Yatim Diraikan Bersama AJK Mutiara Infaq, Sdr Hamdan( PA YB Dr Mujahid) Lumayan :Menerima Sumbangan i Pentasa dan dari gerai Usahawan Penerangan Mutiara Infag dan Karnival serta Festa Berkonsep Islam Yang di Musuhi UMNO Parit Buntar, menjadi lokasi terkini kepada rancangan pembahruan konsep festa, supaya lebih menekankan syariat. Dengan tema Karnival Usahawan Muhabah, peniaga yang maukan Islam berjalan, tealh berhimpun di perkarangan Stasyn Bas Parit Buntar. Mereka membawa Karnival yang lebih bersifat Intelectual daripada Emotional melampau, yang biasa diperkenalkan dan dibiayaai oleh kerajaan BN. Atas alasan ini, mereka pemuda Islam ini, diberi amaran oleh pentadbir daerah dengan alasan, acara mereka mirip Parti Pembagkang PAS. Pemerintah haram Perak, mula gusar dan tertekan dengan keadiran Islam yang mula terlaksana dalam amalan penduduk disini. Semalam acara Ceramah dan dailog Keluarga Islam, berlansung di dataran ini. Majlis pada awalnya diserikan dengan acara penyampaian su...

PAS Galas ,UMNO Pulas

Image
Yb Nasir dan Yb Fakrurazi serta Kontijen Kedah, Masih Kain Pelikat, Depan Hotel Fully Inn Gua Musang, selepas sarapan Selepas Solat Subuh diMasjid dan Sarapan, Malas nak Berdiri Dengan YB Kedah . Menunggu Jam 8pagi untuk ke Masjid Gua Musang Perarakkan Calon Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi, akan menjadi latihan akhir atau Raptai penghujung bagi menghadapi PRU 13. Samada rakyat Malaysia dapat di gerakan kepada Politik Baru atau mereka masih menunggu keajaiban untuk berubah. Bagi Parti Politik pula, mereka menjadikan PRK ini, untuk menilai kerjasama dikalangan ahli-ahli, Komponen Pakatan serta Kemahiran pemimpin dan kesatuan Ahli, dalam menggerakan bahtera besar ini. Badai dan Gelombang Pilihanraya akan datang amat hebat, setelah Dato Seri Najib istiharkan perang mempertahankan kubu walau denan apa cara sekali pun. Misi PR tawan Putrajaya, yang dianggap mimpi disiang hari oleh UMNO satu masa dulu , sebaliknya sekarang mereka terpaksa berhempas pulas bermati-matian mempertahankan...

MB Yang Memimpin Galas

Image
Lim Kit Siang Di Belakang Saf Sembahyang Hajat Lim Kit Siang Sedang Masuk KeMasjid Gua Musang Calon PAS Dr Zul DiArak Ke Penamaan Calon Pilihanraya Galas, Gua Musang, menunjukkan kehebatan PAS dalam memimpin perpaduan dan Malaysia Baru, Walaupun Dato Seri Najib, PM , berucap di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa politik baru, tetapi mereka gagal, sebaliknya PAS yang mendahului. Di bawah kepimpinan Ulama, PAS yang di ketuai oleh MB Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz, telah dengan secara langsungnya, menunjukan halatuju politik baru Malaysia, dengan beliau berjaya menyatukan pemimpin berbagai kaum dan Agama , walaupun didalam Masjid. Pada hari Penamaan Calon Galas, MB telah memimpin Solat Hajat di Masjid Gua Musang, dimana, turut serta dalam ruang solat Masjid ketika solat hajat tersebut, termasuk YB Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP dari seluruh Malaysia, Mereka turut bersama ketika solat dan doa yang dipimpin oleh MB Kelantan berlangsung. Politik Baru Malaysia akan dibawa PAS, de...

BN Kalah Sebelum Undi

Image
Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM. Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan. Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan. “Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini. BN telah akui akan kekuatan PAS, dari segi calon dan jentera serta sokongan rakyat kepada kepimpnan kerajaan Negeri Kelantan. Mereka berusaha mengabuli mata rakyat dengan fitnah( tuduhan UMNO Calon PAS Dr Zul k...

Bukan Bermusim nak Berkebajikan

Image

UMNO Jual Tanah Melayu Bayan Lepas

Image
Penduduk Taman sebelah Tabung Haji Bayan Lepas yang dipindahkan 15 tahun dulu sedang mengadu ditipu kerajaan BN=UMNO Yusof M.Noor,Ahli Majlis MPPP, yang amat bimbang dengan status pemilikan harta penduduk disini yang terang, di tipu oleh Wakil Rakyat UMNO, .juga mantan EXCO Perumahan Hj A.Rahim Pengerusi JKKK, Bayan Lepas, sedang berbincang kaedah terbaik untuk membantu penduduk,. Semasa saya bersama penduduk bergotong royong di Jalan Mahkamah Bayan Lepas, sabtu kelmarin, saya di maklumkan, selepas majlis ini, ada perjumpaan dengan penduduk taman yang dipindahkan 15 tahun dulu. Mereka sebagai penduduk tempatan, yang tinggal di kampung Bayan Lepas pada 15 tahun dulu, telah dipindahkan oleh wakil rakyat UMNO yang bekerjasama dengan pemaju, atas alasan nak dibangunkan kawasan kampung mereka. Sebagai ganti mereka di beri sebuah rumah ganti, bagi setiap rumah yang dirobohkan dan tanah yang diambil. Mereka yang menaruh harapan dan kepercayaan kepada wakil UMNO cawangan dan Wakil Rakyat UM...

KERETA WAKIL UMNO PEJUANG MELAYU

Image
Memetik artikel dari sebuah blog pro-Umno... GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???terkejut sedang elok jalan-jalan disekitar KL Ternampak sebuah kereta mewah Giler kat sebuah lobi hotel yang berdekatan dengan PWTC Beragak-agak lah nak datang Persidangan Pakai kereta macam tu Najib datang PWTC pun naik Proton Perdana je Heran Bin Ajaib Ni semua nanti Bloggers yang nak kena jawab nantip/s: Bukan penulis yang kata, blogger Umno yang kata..siapa blogger Umno tu?..boleh cari sendiri..klu dah bagi...;) Ini Rumah Rakyat di tempat Naib President UMNO

Anak Yatim Tasik Gelugor

Image
Mutiara Infaq, komiti anak yatim sekali lagi memeriahkan Anak yatim, dengan dijamu makan malam sebelum acara penyampaian sumbangan barangan dipentas utama . Mereka terdiri dari penduduk sekitar Tasik Gelugor.

Gotong Royong Bayan Lepas

Image
Kanak-kanak bertanding melukis semperna gotong royong Wanita menyertai acara gubahan semperna gotong royong Petugas sukarela sedang berkhidmat di gotong royong Menanti hadiah pemenang

Gotong Royong Ahli Majlis MPPP

Image
Gotong royong Cleaner Greener yang dijalankan di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas, dengan kerjasama JKKK Bayan Lepas dan dibiayai oleh peruntukan Ahli Majlis MPPP, Sdr M. Yusof M Noor. Perjalanan lancar dan meninggalkan kesan yang baik. Gotong royong yang dijalankan di Jalan Mahkamah ini telah menyelamatkan seekor reptilia, Ular Sawa yang sesat dikawasan bengkel.Selaku Ketua PAS Cawangan disini, saya mewakili ahli seluruhnya mengucapkan, terima kasih.

UMNO Fitnah DR Zulkefli Calon PAS

Image
Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar. "Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini. Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan p...

Ribuan himpun bantah festival busana Islam

Image
Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam. Tak sempat berucapDi Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua...

UMNO tergadai

Image
Dr Zolkefli Calon PAS MB sedang merejam UMNO sehingga hilang kubu. Musuh diserang dengan tindakan bijaksana. CARA MENANG DI GALAS; Semalam semasa di Kuala Lumpur, sedang minum dengan kawan-kawan disana, mereka asyik mendengar cerita Galas, Gua Musang. Dari Sejarah, gerakkerja Pilihanraya, calon, peluang, ancaman dan kelemahan serta taktik. Ini hasil apa yang saya dapat dari sana selama 24jam peluang meninjau. Dalam mendengar semua itu mereka ada mengadu dalam bentuk pertanyaan, 'di sini semua orang (ahli dan ajk PAS Selangor) tak mau pi Galas, nak tolong apa, semua Kelantan tak benarkan!', kata salah seorang kawan tadi! Saya tanya dia, Nak tolong apa? Ceramah? Masak nasi kawah, makan ramai-ramai petugas luar? Naik kereta, motor, pusing kampung, tunjuk lagak? Saya cadangkan, supaya mereka yang datang membantu. Kalau dari Selangor, Penang, Kedah datang dengan jadi seperti kerajaan, fikir seperti kerajaan dan bertindak seperti Kerajaan. Saya ada cadangkan pada Yusof ,Ahli Majlis...