Wan Rahim: Tiada Perjanjian Isu Royalti Dengan Tengku Razaligh


GUA MUSANG, 29 Okt 10 : Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menolak dakwaan wujud “perjanjian” antara parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah supaya tidak isu royalti minyak tidak dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Tiada apa-apa perjanjian pun,” katanya sambil menafikan wujud persefahaman politik antara PAS dan Tengku Razaleigh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Galas.

Wan Abdul Rahim menegaskan, PAS masih tidak membangkitkan isu royalti minyak kerana tidak mempunyai penceramah yang bagus untuk mengendalikan isu royalti.

“Kita akan bangkitkan (royalti minyak) tapi sekarang kita tidak mempunyai penceramah yang berkebolehan seperti Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS).

“Bukan semua orang PAS boleh cakap pasal isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi. Baru boleh cakap,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini pagi ini.

PAS sehingga kini masih belum lagi membangkitkan isu royalti minyak dalam setiap ceramah yang dianjurkan sebaliknya lebih tertumpu kepada isu nasional lain.

Kempen masuk hari keempat hari ini.

Sebelum ini ramai menjangkakan bahawa parti Islam itu akan membawa isu berkenaan walaupun pertikaian berkaitannya telah pun difailkan di mahkamah akhir Ogos lalu.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Baru kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh hal berkaitan royalti minyak, sebaliknya lebih kepada isu nasional yang lain.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata isu royalti minyak hanya akan dibangkitkan apabila tiba masa yang sesuai.

Beliau juga menolak bahawa isu royalti tidak akan dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil PAS di Galas.

“Isu banyak tapi kita akan lepas satu persatu, kalau kita rasa penting kita akan lepaskan dulu,” katanya.

Pada Ogos lalu kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti — dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005 — terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada sidang media itu, Wan Abdul Rahim juga mendakwa BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Beliau mendakwa BN akan mengguna

kan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan kad pengenalan dan menabur wang kepada pengundi-pengundi supaya menyokong mereka.

“Kalau terpaksa BN buat untuk mendapatkan sokongan, BN akan tawarkan sogokan kepada pengundi-pengundi di sini.

“Malah saya percaya BN akan menghantar petugas-petugas mereka untuk menyamar sebagai pengundi ketika hari pengundian nanti (4 November).

“Ini memang amalan tradisi BN, bila terpaksa mereka akan beli undi untuk menang,” kata Ahli Parlimen Kota Baru ini.

Justeru Wan Abdul Rahim berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis dapat menjalankan tanggungjwab dengan baik bagi mengelak wujudnya penipuan dan penyamaran ketika hari pengundian nanti.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. (AK)



Isu tuntutan royalti minyak Kelantan kini mula dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Abdul Aziz bagaimanapun sekadar menyebut perkara itu sepintas lalu dalam ucapannya di satu ceramah lewat malam tadi.

Bayaran royalti minyak sememangnya hak negeri berkenaan, katanya dalam satu ceramah yang turut mementaskan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"(Royalti) petroleum ini sama ada beri kepada orang Terengganu atau Siam (Thailand) sebab kita berada di tengah-tengah," katanya di hadapan lebih 200 orang yang hadir. Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut isu berkenaan yang disebut di akhir ucapannya.

Nik Abdul Aziz memeriksa jam tangannya dan berkata: "Oh, tengah malam dah" sebelum menutup ucapannya dengan bacaan doa.Hanya beberapa orang saja arif . Ketika menyentuh isu judi pula, Nik Abdul Aziz secara berseloroh meminta masyarakat Kelantan supaya tidak memperkenalkan diri mereka sebagai warga negeri itu apabila keluar ke negeri lain."Kita nak haramkan judi tapi ada pula orang daripada Bachok nak buat jadi halal, sungguh memalukan," katanya lagi.

Dalam pada itu, penasihat jentera pilihan raya DUN Galas PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pula menafikan tanggapan bahawa parti itu telah membuat perjanjian dengan BN untuk tidak membangkitkan isu royalti minyak."Isu royalti tidak dibawa bukan kerana apa-apa perjanjian dengan Ku Li tidak, tidak.

"Tiada halangan ataupun sekatan tentang isu itu," katanya dalam satu sidang media di markas PAS di Gua Musang hari ini.Sebaliknya isu tersebut tidak dibawa memandangkan hanya beberapa orang sahaja dalam PAS yang arif dengan isu berkenaan. Razaleigh enggan sahkan 'perjanjian budiman'

"Hanya beberapa orang pemimpin dalam PAS yang boleh bawa isu ini, kerana ia memerlukan olahan fakta dan maklumat, ilmu yang tinggi."Kita tak bawa isu ini kerana tak ada lagi pemimpin PAS di sini yang boleh berceramah tentang isu ini."Jika (exco kanan kerajaan Kelantan) Husam (Musa) atau (naib presiden PAS) Salahuddin (Ayub) ada di sini, kita mungkin akan bawa isu ini, kerana mereka arif tentang hal ini," katanya lagi.

Sementara itu, pengarah jentera BN di Galas Tengku Razaleigh Hamzah (kanan) pula enggan mengesahkan sama ada 'perjanjian budiman' itu benar-benar berlaku.
Ditemui di satu program di Sungai Terah pagi ini, Tengku Razaleigh juga tertawa apabila diajukan soalan berkenaan.
"Saya tidak tahu, anda tanyalah mereka. Adakah saya budiman atau tidak budiman?

"Anda rasa ada perjanjian? Jadi, jangkaan anda itu samalah dengan dengan jangkaan saya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing