UMNO Jual Tanah Melayu Bayan Lepas

Penduduk Taman sebelah Tabung Haji Bayan Lepas yang
dipindahkan 15 tahun dulu sedang mengadu ditipu kerajaan BN=UMNO
Yusof M.Noor,Ahli Majlis MPPP, yang amat bimbang dengan status pemilikan harta penduduk disini yang terang, di tipu oleh Wakil Rakyat UMNO, .juga mantan EXCO Perumahan
Hj A.Rahim Pengerusi JKKK, Bayan Lepas,
sedang berbincang kaedah terbaik untuk membantu penduduk,.

Semasa saya bersama penduduk bergotong royong di Jalan Mahkamah Bayan Lepas, sabtu kelmarin, saya di maklumkan, selepas majlis ini, ada perjumpaan dengan penduduk taman yang dipindahkan 15 tahun dulu.

Mereka sebagai penduduk tempatan, yang tinggal di kampung Bayan Lepas pada 15 tahun dulu, telah dipindahkan oleh wakil rakyat UMNO yang bekerjasama dengan pemaju, atas alasan nak dibangunkan kawasan kampung mereka. Sebagai ganti mereka di beri sebuah rumah ganti, bagi setiap rumah yang dirobohkan dan tanah yang diambil. Mereka yang menaruh harapan dan kepercayaan kepada wakil UMNO cawangan dan Wakil Rakyat UMNO ini, kerana setiap kali Perhimpunan Agung UMNO mereka di tayangkan ucapan-ucapan bergegar UMNO, untuk membela dan mengangkat martabat bangsa.

Mereka menurunkan tanda tangan dan cop jari, bagi yang tak boleh menulis pada tanggal 15 tahun dulu, dengan harapan yang di halua maniskan, bahawa mereka akan tinggal dalam bandar yang penuh kemajuan dan menjadi manusia maju. Penduduk yang melihat fatamorgana ini, menjadi ghairah dan tak sabar untuk sampai ke zaman itu, sehinggakan saya ketika itu selaku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, dilarang masuk atau berjumpa penduduk disitu, kerana pemimpin UMNO telah berjaya menghasut penduduk disini dengan gambaran, yang PAS pengkianat Melayu, Anti Pembangunan, Lebai kampung yang tak tau Negara Maju.(ada seorang yang bertaraf Ulama bagi UMNO, yang menjadi dalang menghalang penduduk berjumpa PAS ketika itu dan sehingga sekarang).Ada satu ketika pada tahun 1995-1999, beberapa pemuda PAS disini beberapa kali di tangkap Polis ,atas aduan orang tertentu ini. Mereka, pemuda yang bersembahyang berjemaah di surau sini, ditangkap atas alasan membuat kacau dan pecahbelah, dan pernah surau ini di kunci rantai, bagi mengelakkan Pemuda PAS guna bersembahyang.

Setelah 15 tahun berlalu, sekali lagi saya berkesempatan disini, tetapi kali ini , saya dijemput! Penduduk disini mengadu dan menunjukkan surat dari Wakil Rakyat mereka bertarikh 2005, menyatakan masalah rumah mereka sudah selesai. Mereka juga telah diminta membayar sekitar RM5000.00 seorang, tetapi di buat bayaran melalui peguam dan menggunakan resit Syarikat Peguam. Sebagai orang kampung mereka bergadai bergolok, bagi membayar wang tersebut. Sebaliknya sekarang pihak Pemaju datang menggunakan gengster dan peloby untuk mendesak penduduk membayar wang dan meroboh tambahan yang di buat. Kononnya! Siapa yang meroboh tambahan rumah dan mebayar wang yang diminta saja akan mendapat 'OC' sijil duduk.

Setelah Ahli Majlis dan kawan-kawan saya yang arif tentang Akta Tanah dan Geran, datang melihat semua geran, surat dan dokument yang ditunjukan penduduk, mereka dapati dan menjelaskan, bahawa semua penduduk rumah teres ini tidak ada apa bukti yang menunjukan mereka pemilik sah,atau pemilik yang akan menerima hak rumah ini.

UMNO yang berkompromi dengan pemaju telah dengan senang hati, menipu penduduk demi sedikit keuntungan.


Semua dokumen dan surat itu akan saya dedahkan kemudian....

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing