MULA GALAS

Jalan Lojing Ke Gua Musang dari Cameron Highland
Siang tadi Jam 12 tengahari, sempat saya hadir Press Release PAS Pulau Pinang, diadakan di Markas PAS Jelutong,Yb PJ sendiri membaca text yang ditulis tangan, walaupun isu-isu yang sejuk di ketengahkan, tapi saya rasakan ada rasionalnya BN mainkan isu Agama dan Ketuanan Melayu di Pulau Pinang.Dalam masa yang sama BN mempamerkan kegelisahan rakyat dibawah pemerintahan PR.
Tanda Jalan Menunjukkan Aktiviti Balak di Lojing.

BN menggunakan lagi taktik KES BAN(Keselamatan dan Pembangunan) sebagai strategi menrik keluar sokongan rakyat dari PAS. Mereka yang tinggal jauh di pendalam akan merasa dan termakan dengan dakyah ini, yang sejak perang dunia ke 2 digunakan oleh USA dan Pihak Berikat bagi menjauhkan rakyat tempatan dari Gerakan Tempatan yang menuntut kemerdekaan.
Penempatan Orang Asli Selepas POS Brooke Dilitupi Bendera BN

Taktik yang digunakan acapkalinya oleh BN, terus diulang pakai pada setiap Pilihanraya, bagi mempengaruhi pengundi, bagi duit untuk pasang bendera atau pakai 'T Shirt' , cumanya dengan kerajaan Kelantan yang berpengalaman 20 tahun memerintah, BN menghadapi lawan yang seimbang dari segi taktik dan strategi.Tambah lagi sekarang dalam hutan belantara pun ada siaran Astro, Manusia sudah celik maklumat.
Kampong Orang Asli Sebelum Sungai Belato
81km Dari Gua Musang, Sudah Bermula Kempen
Jentera Pilihanraya BN Sudah Mula Diangkut,
PAS Berjenterakan Manusia Mula Bertugas 25 Oct.

Penggunaan Taktik Pembangunan yang menjadi darah daging BN berterusan lagi, BN tidak mampu menggunakan jentera Pilihanraya dari manusia kerana, semangat mereka merudum bila berdepan dengan PAS, apalagi PAS yang di pimpin Oleh YAB Tuan Guru Nik A.Aziz. Minggu lepas saya bersama sorang kawan ke Sungai Petani untuk membaiki BMW dia. Saya dimaklumkan bahawa Makanik ini 'pakar'. Setelah saya amati kerja dia, saya dapati, semuanya dianalisa dengan mesin, kemudian baru dia baikinya. Ini kerja zaman sekarang memindahkan kepakaran(expertice) kepada alat atau mesin, maka semua orang mampu hasilkan kerja yang di kehendaki, tidak seperti Pomen PAK Bakar, yang mahir menggunakan telinga untuk mencari ketepatan tunning!!Dia seorang saja yang mampu kerja. Maka BN pun memindahkan expertice kepada mesin, boleh atau tidak BN menghasilkan sokongan dengan mesin?

Saya berkesempatan makan malam bersama YB Dato Abd Rahim, yang pernah menjadi calon menentang Tengku Razaligh tahun 1986, turut makan bersama juga, 2 orang pengusaha muda Cina. Seorang dari Kelang, bekerja dengan sebuah Syarikat Public Listed membuat perabut kayu getah di Semenyeh, Negeri Sembilan, kilang beliau berkeluasan 24 ekar. Seorang lagi anak tempatan Gua Musang, yang mempunyai ladang dan perniagaan di Lembah Kelang juga. Dalam kami berbual, mereka berdua ada berkata bahawa, masyarakat Cina di Gua Musang tidak seperti dulu kala, hormatkan Tengku Razaligh buta tuli. 'Sekarang Cina Gua Musang dah tak macam dulu lagi, kata belia!.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing