BN Kalah Sebelum Undi



Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM.

Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan.

Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

“Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari ini.

BN telah akui akan kekuatan PAS, dari segi calon dan jentera serta sokongan rakyat kepada kepimpnan kerajaan Negeri Kelantan. Mereka berusaha mengabuli mata rakyat dengan fitnah( tuduhan UMNO Calon PAS Dr Zul khalwat, Anak luar kawasan dan lain) dan, adu domba rakyat(Hak Melayu dalam Perlembagaan diungkit di Persidangan UMNO ,orang Asal tidak di peduli kerajaan Negeri, Melayu jangan biar Cina berkuasa ). Dari segi kekuatan calon, mereka tahu PAS menawarkan Calon di hati rakyat, seorang doktor perubatan yang sentiasa bersama membantu rakyat yang dalam keadaan senang maupun susah.

BN juga terpaksa ketepikan kekuatan bekas Timbalan Ketua Bahagian yang ada kekuatan peribadi dan sokongan ahli UMNO, kerana beliau bukan kroni Tengku Razaligh.

Belum masuk gelanggan , orang number 2 UMNO serah kalah, dan akui PAS ada kelebihan. Kalau betul macam resolusi Perhimpunan Agung UMNO 'Mendayakan Melayu', kenapa hantar calon orang yang tak berdaya ? Kenapa lawan Calon Melayu yang memang berdaya dan luarbiasa keupayaan Dr Zul ini bagi standart Gua Musang?

UMNO Haprakkk!!!

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.