Mutiara Infaq, komiti anak yatim sekali lagi memeriahkan Anak yatim, dengan dijamu makan malam sebelum acara penyampaian sumbangan barangan dipentas utama . Mereka terdiri dari penduduk sekitar Tasik Gelugor.
Kisah meriam Singgora di Kota London. Kerajaan Singora atau 'Kota Singa' ini pernah menjadi satu wilayah yang termashor sebagai pusat perdagangan sekitar 1600. Pemerintah kerajaan dari keturunan Parsi ini bermula dengan pedagang dan Ulama Parsi yang datang ke Singora. Dato Mogol telah sampai ke sini dan membuka wilayah ini, dan memerintah wilayah Singora dengan restu kerajaan Siam dibawah Raja Ayutthaya sekitar tahun 1600 Bila Dato Mogol mangkat, dia diganti oleh anaknya Sultan Sulaiman Shah pada 1620 dan memerintah Wilayah Singora sehingga Patalong dan Chaiya. Sultan Sulaiman telah memajukan pelabuhan Singora, dan menjadikan pelabuhan bebas cukai bagi mereka yang membina gudang2 dan perusahaan pinggir pelabuhan Singora. Kemajuan ini menjadikan Kerajaan Patani dan Kerajaan Kedah agak cemburu dengan Kerajaan Singgora, juga kerajaan Siam mula merasa satu ancaman kepada mereka. ...
Perjuangan hidup aku untuk tambah Umat. 1. Buat Hospital Bersalin. 2. Ajak masuk Islam. Aku dikenali dengan 3 watak. Pengaruh masa lalu, warisan keturunan dan kesungguhan membentuk Psikodinamik aku, membolehkan aku berada di 3 karektor bergabung dalam satu pergerakan. 1. Aku seorang Usahawan 2. Aku seorang aktivis sosial & Dakwah 3. Aku seorang politikus. Watak ke 3 aku ubah suai. Aku ambil keputusan pada 2023. pencen politik parti. Berhijrah ke politik tambah lebih xtrem Sebab setelah dengan kuasa aku usaha sekian lama dan sekian banyak bantuan dan sokongan kepada Orang Melayu Umat Islam. Aku tidak tambah bilangan umat dan Islam. Melainkan mereka Melayu Islam bertambah dengan sebab mereka melahirkan zuriat. Pendekatan baru aku lakukan ialah meninggalkan Politik Parti dan menyertai Politik Rasulullah. Aku berjuang menambah umat Islam. Kerana ada janji Allah untuk aku. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُ Wahai ora...
Aku mula disapa dan di adu masalah orang masuk Islam(mereka panggil Mualaf), setelah 30 tahun aku berkawan di Masjid Permatang Pauh Seberang Perai. Setelah mereka(penduduk dan kaki Masjid) tahu aku selalu Islamkan Cina dan Hindu. Setiap kali aku ke Masjid. Kalau aku lepak lebih masa. Pegawai Masjid, dan ada kala, anak muda akan membawa aduan... Antara aduan... Orang Cina ni, tak tau la, dia Islam ka tidak? Dia ramah, selalu tegur dan sapa kami orang kampung. Kadang2 dia bagi salam....! Ini bahas kebanyakkan pengadu orang Melayu di Masjid Permatang Pauh. Mereka ni ramai mahir agama, jaguh berbahas pasal aliran Asyairah. Marturdiah, salafiah. Wahabi. Semua depa jaguh. Ustaz2 depa jemput pula, lagi 'Hero' jika boleh tajamkan tajuk2 ni. Cakap mereka kalau tak ikut. KOMTAR pun bergoncang Ada panggil aku 'Abang', 'Haji', 'YB'. Boleh tolong pi tengok sat.!! Seru mereka minta tolong. Hampa pi tanya dia terus terang saja. Hang Islam ka tidak?? Ka...
Comments