Terdedah dan Tertutup
Hari ini 30 November, Selasa. Saya ajak kawan-kawan makan tengahari di Kuala Muda, sebuah kawasan pendaratan ikan yang menggunakan kaedah bisik-bisik dalam urusan jual beli ikan. Tempat yang memang menjadi kegemaran saya makan. Disini, saya akan membeli ikan dengan berbisik, dan minta supaya warung makan, mana-mana yang 3 buah disini masakkan untuk saya. Memang sedap, masakan panas-panas. Kali ini saya pilih warung yang diatas pantai , Muara Sungai Muda, sebab angin yang hembus muka dan permandangan laut, disamping aktiviti sampan dan bot nelayan yang sedang memunggah ikan untuk di bisikan . Dalam perjalanan ke sini, saya, melalui sms telepon, ajak Tuan Penyelia DUN, untuk makan bersama. Dia minta saya tunggu masa Zohor di Penaga, dan saya singgah di Masjid Penaga, untuk Solat Zohor. Masa ada 9 minit lagi nak masuk waktu. Jadi saya solat tahiyatal Masjid dulu. Selepas solat Tahiyatul Masjid saya lihat banyak kitab dan buku agama yang penuh dalam grobok atau almari masjid, s...