Anak Normal dan Anak .....

maaf, 2 hari sibuk tak buka fb, tak tulis blog, dan selisih sahaja dengan isteri, sebab jadual gila padat. 18 November -Jumaat di KL janji klinik baru, Saya terpaksa kerja lebih sikit bagi memenuhi kehendak pasaran disana, Alhandulilah Allah beri saya kelebihan berkerja.



19-Sabtu bertolak ke Sepang Goal Coast, Palm Beach Resort, jadi tetamu Anmum . Disana saya banyak berkenalan dengan doktor pengusaha klinik dan hospital swasta, dan doktor pakar seluruh Malaysia, mereka terdiri dari berbagai bangsa. Kebanyakkan mereka melahirkan rasa kagum dengan keupayaan DBM Hospital, Alhamdullilah dengan kehadiran saya disini saya berjaya menyebarkan lagi DBM Hospital ,dan dapat rakan baru dalam industri yang diceburi.

Kami di datangkan beberapa pakar dunia dalam perubatan O&G dan Pakar Kanak-kanak, yang membentangkan perbezaaan kanak kanak yang lahir Norma,l dan lahir secara cesarean(pembedahan) .
Bayi yang lahir normal lebih lasak dan mempunyai antibodi dan imunsasi yang tersendiri dan lebih kuat. Ini kerana kajian membuktikan, proses bersalin Normal yang lalui oleh bayi, segala najis dan air ketuban yang di laluinya, meningkaktkan daya tahan.

Sebaliknya, bersalin secara Cesarean(pembedahan) yang dilakukan dengan kebersihan, yang menggunakan Habitane spirit dan anti biotik, kepada kulit dan isi ibu, menyebabkan bayi menjadi terlalu tidak berpengalaman, dan menyebabkan bayi tidak terdedah dengan semua yang dilalui oleh bayi bersalin normal, menyebabkan bayi ini kurang ketahanan dan tindakbalas antibodi, yang lebih lemah, maklumlah terlalu sterile. Dunia sedang berusaha mencari Pro-Biotic pula, bagi mengatasi masalah bayi lahir secara Cesarian, memandangkan peratus bersalin secara ini meningkat setiap hari.

Oleh itu, kalau anak kita main kotor-kotor, sikit-sikit, jangan kita marah dan halang. biarkan dia bertindak mengaktifkan antibodinya?
Masa di Villa yang serba mewah ini, saya beli kail dan tali pancing, saya memancing dari atas bilik sahaja, MasyaAllah, dapat ikan Semilang laut, sebesar betis 3 ekor, masa memancing atas bilik hotel.

21- ahad di penang, 22-Isnin Kota Baru berjaya runding dengan Kerajaan Kelantan bawa pavilion Kelantan ke Pesta Penang desember ni RM40,000. didahulukan Kelantan, 23-Selasa Penang , 24-Rabu Parlimen bawa rombongan 40 orang PAS Cawangan Bayan Lepas.25- tawau sabah, 26- program medical check up dengan PAS Sabah di Pulau Mabul. 27 Ke Kinabalu 28 dan 29, baru balik Penang, nasib baik anak yatim gerik di tangguhkan.

Comments

Anonymous said…
ikan keli dlm ayaq masin ka?
biaq betoi..chong cerita apa......?hihi

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing