PAS Kalah Di Galas


Keputusan muktamad pengundian di pilihan raya kecil DUN Galas ialah BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,,134 undi.

Kenapa PAS kalah di Galas dapat disimpulkan kepada beberapa perkara pokok yang menjadi penyebabnya.

1. PAS kawasan Gua Musang, ialah antara PAS yang lemah di Kelantan, kerana pemimpin semua peringkat disini kebanyakkan terdiri dari orang luar, yang datang bertugas dan berniaga disini, dan kemampuan mereka memberi tumpuan kepada kerja parti amat terhad. Kampung Batu Papan sebagai contoh, amat ketara ketiadaan penduduk tempatan sebagai anggota jentera akar umbi/UPU, sebaliknya bergantung kepada pembantu luar yang amat kurang kehadiran.
(Jentera terdiri dari penduduk tempatan atau cawangan hendaklah di segerakan dan dilatih).

2. Jentera Parti yang berkempen agak lesu dan tidak berfokus. Contoh PAS Pulau Pinang yang diamanahkan untuk bertugas dan menggerakkan jentera parti di UPU Kampung Pulai, tidak mempunyai persiapan markas, bilik gerakan dan peralatan yang asas digunakan dalam setiap pilihanraya. Ada pemimpin Pusat PAS, yang sanggup bermalam di Cameron Highland, yang masa perjalanan lebih sejam ke Gua Musang, atau tinggal di Kota Bharu yang mengambil masa perjalanan lebih dari 3 jam ke Gua Musang, mungkin demi keselesaan, atau mungkin kerana parti tidak mampu menyediakan penginapan selesa.
(Maklumbalas,.. dari Jentera bantuan luar, mesti diambil setiap masa, bagi memperbaiki kelemahan)

3. PAS masih mengulangi taktik dan strategi lama yang berulang-ulang, seperti tema kempen, pengantungan kuat kepada kekuatan individu YAB Tuang Guru MB. Tiada pembaharuan dalam 'Tema'. Tidak mampu mengadakan strategi baru, seperti menggunakan agensi dan NGO, dalam membantu penganjuran kegiatan bertemu pengundi.
(Sampel kejayaan kempen, seperti di luar negara mesti dinilai sebagai strategi baru)
,
4. Lemah dan sebahagiannya sepeti tiada hubungan, dalam penguasaan keatas kelompok masyarakat. Sepeti kaum Cina di Kampung Pulai, Bandar Gua Musang dan Perkampungan Orang Asli yang mempunyai 16% pengundi di Galas.Keadaan ini terdapat seperti penghulu Cina yang tidak efektif dan tidak menjadi ketua keseluruhan masyarakat Cina setempat yang dilantik, dan Parti tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka. KelompukOrang Asli pula .seperti tiada wakil parti yang menjadi penghubung.
(Menggilap kepimpinan Kelumpuk kaum mesti disegerakan)

5. Parti yang bergerak seolah tiada keserasian, antara Jentera Negeri dan Kepimpinan Pusat PAS. Dan kegagalan menggabungkan elemen kekuatan populariti pemimpin untuk di exsploit parti. Husam Musa yang dikenali sebagai kebanggan golongan muda dan masyarakat bukan Melayu, dan bukan ahli, tidak digunakan sebagai 'ikon' tambahan bagi menambah sentimen sokongan kepada parti. (Klik-klik dalam organisasi mesti dibendung segera)

5. Calon yang dilihat seperti kurang semangat juang, fizikal yang kurang memberangsangkan. ada aduan, calon PAS tidak turun kereta bersalam dengan petugas dan penyokong lawan semasa melawat POS atau lawatan ke Pusat Mengundi, pada saat akhir kempen ini amat perlu.
(Panduan dan rujukan berkualiti semasa, kerektor calon, tindakan dan larangan, semasa berkempen mesti disediakan)

6. PAS secara keseluruhan, tidak menonjol. Ini termasuk dalam memperjuangkan kepentingan rakyat umum. Pimpinan amat kurang mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang dapat dimanafaatkan oleh Negara dan Rakyat.

7. Rungutan rakyat yang kurang diberi perhatian atau tidak diambil tindakan, seperti air yang sentiasa terputus bekalan, jalan yang pecah, kebersihan persekitaran dan beberapa keperluan asas penduduk yang kurang. Ini telah berjaya digunakan lawan sebagai bahan kepen.


Oleh itu PAS keseluruhannya hendaklah berubah dalam menggerakan jentera parti dan dalam mendekati masyarakat. Menggunakan semua mereka yang berkebolehan yang terdapat dalam Parti, tanpa berkepentingan kumpulan. Kepimpinan parti semua peringkat mesti mengelak rasa 'gayat', 'syok sendiri', dengan meningkatkan usaha menjalinkan hubungan dengan Agensi dan Ngo, dan menggunakan semua agensi dan Ngo bagi membantu mendekati rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan