Ikut Ulama Falak,


Saya menerima beberapa sms pada Ahad malam 14 November 2001. Semuanya kerana Tarikh Ukuf di Arafah, dan nak disandarkan kepada puasa sunat.Pada mulanya saya malas nak melayan tapi, setelah saya rasakan mereka ni mungkin tak faham, atau ada orang yang nak tunjuk pandai walaupun tak faham. Mereka ni semua telah menggunakan nas, hadis, sebagai asas hukum, tetapi telah menyalahgunakan untuk tunjuk pandai, walaupun tak mahir ilmu. Tetapi mereka ini juga merosakkan ilmu, dan asas ilmu, serta amalan ilmu.

SMS dihantar seperti berikut,"INFO SUNNAH".nabi s.a.w bersabda,"Tidak ada satu hari pun yang lebih baik di sisi Allah,melainkan Hari Arafah.."hadith riwayat ibnu Hibban&abbu Ya"la_dan disahihkan oleh Adz-Zahabi..."Dari Abu Qatahah Al Anshari r.a; katanya Nabi S.A.W ditanya tentang puasa Hari Arafah.jawab baginda..."semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang..."Hadith sohih,riwayat Muslim<
Mahkamah tinggi Daulah Saudiah,mengistiharkan WUKUF di bumi Arafah jatuh pd 15hd Nov Isnin.Hari Haji Akhbar (eidul adha) pd 16 Nov (SELASA).. Maka,kalau nak diikutkan SunnaH dan berdasarkan fatwa2 ULAMA"Sunnah,kita di m"sia dianjurkan Berpuasa sunat A"rafah ,pada 15HB Nov (Isnin).. Ini krn bertepatan dgn TARIKH WUKUFnya para HujjaJ di bumi A"rafah ,..(Rujuk kitab AL UMM, asy-syafie)..Cuma raya haji je kita kena ikut pmrintah M"SIA ..Jom ajak family, rakan taulan n Sahabat Handai,sama2 kita Puasa Hari Arafah .. Sbrkan kpd smua shbt..!

Transcrip diatas ini memanggil saya untuk membina benteng bagi anak-anak saya, semoga mereka selamat kelak.

Disini saya ingin rakamkan untuk anak-anak saya, supaya mereka tidak diperbodoh dan diperalatkan masa depan mereka, dan generasi saya kelak. Ilmu mesti pengetahuan dan kemahiran berasakan sumber dan rujukan, bukan rasa-rasa atau ikut-ikut, atau sentimen puak atau kabilah. Banyakkanlah membaca dan mengaji mengkaji.

Dalam hal menentukan tarikh anak bulan , hari Raya, Puasa, Haji dan seumpamanya mari kita melihat dari segi hukum ilmu dan asas tindakan.Dalam menentukan hari Ukuf tahun ini kenapa tahun ini kenapa tidak dipersoalkan pada pengistiharan hari 1 Zulhijah 1431, kenapa pertikaikan di 9 Zulhijah 1431.

Malaysia berada digaris lintang 102° 0' 0" E. Manakala Saudi Arabia berada digaris lintang 45° 0' 0" E .Dengan ini Malaysia berbeza 5jam lebih dulu dari Saudi. Ini kerana Bumi berputar mengikut putaran jam, oleh itu kita yang lebih ke Timur berjumpa matahari lebih dulu, dan Saudi yang keBarat menerima matahari selepas kita terima 5 jam.

Islam, semasa zaman Umar Al-Khatab r.a menjadi Khalifah, Baginda telah memanggil Ulama dari India, untuk membantu menulis dan merakan serta menetapkan kaedah kalendar, yang akan digunapakai oleh kerajaan Islam ,bermula dengan kerajaan Amirul Mukminin. Islam ,dengan kalendar tadi ,telah menetapkan awal tahun, ialah semperna dengan tarikh Hijrah Nabi S.A.W, dan menggunakan kaedah kiraan Qamariah(bulan) dalam menghitung hari, bulan dan tahun. Tanpa mengenepikan kaedah Syamsiah(matahari) bagi menentukan musim. Ulama yang dipanggil ini berkemahiran atau pakar dalam ilmu Hisab,Fizik dan Ilmu bintang(Ulama Astronomi atau Falak) . (bukan hanya tahu bahasa Arab sepatah dua, atau setakat boleh tahlil dan sembahyang mayat).Umar selaku Amirul Mumininin , telah merealisasikan sabda Nabi SAW. "Serahkan sesuatu urusan kepada ahlinya"

Maka bermulalah Kalendar Hijrah yang kita guna hari ini, dan permulaan tarikh , bulan dan tahun dikira tepat dan berasas, kerana Amir-ul Mukminin masih segar dalam ingatan baginda, akan peristiwa Hijrah Nabi S.A.W. yang baginda sama-sama terlibat.

Kaedah Qamariyah yang telah digunapakai bagi mengira tarikh bermulanya setiap bulan, Menggunakan Hisab(kira)dan rukyah(melihat anak bulan).Dan kaedah mengira, yang digunakan apabila melihat anak bulan seperti berikit.
Ketika matahari terbenam;

a. Tinggi anak bulan tidak kurang dari 5 darjah dari ufuk barat
b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang dari 8 darjah.
c. Umur anak bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Ukuf diArafah itu bermula dengan tergelincirnya matahari 9 zulhijah(lepas zohor,12.05 tengahari) waktu di Arafah. Dan di Malaysia, waktu telah lepas 5 jam, bermakna Malaysia telah lepas waktu Asar. Malaysia telah lepas ke depan hari tersebut . Macam mana kita nak berpuasa sunat Ukuf, Kalau kita mula puasa pagi hari, Arafah belum masuk waktu. (Orang di Arafah berbuka puasa jam 17.35, kita kena buka puasa jam 23.39 waktu Malaysia). Mana boleh kita sembahyang belum masuk waktu bebbb!!

Malam Ahad itu juga saya diberi peluang berjumpa kawan, selepas sembahyang Isyak, dimasjid Taman Tun Sardun, Gelugor. Topik sama juga timbul, saya cuba terangkan tentang kaedah kiraan hari dan waktu berdasarkan buku tulisan ahli Falak(pakar astronomi) terkenal di USM Pulau Pinang, Dr Ilias. Kawan saya mengadu , pening la dengan ustaz-ustaz ni,( yang dok sms)mana kita nak ikut, puasa tak puasa esok? dia sambung sembang dengan, senang-senang, tak payah puasa langsung!!!!
Sebab itu Ulama falak menentukan hari Raya Haji diMalaysia, jatuh pada hari Rabu, 17 November, bersamaan 10 Zulhijah 1431.

Wahai anak-anak ku, kena ikut 'ahli' Falak, bukan ikut 'pelaq'!





.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing