PRU 13, Kawasan Pilihanraya PR Terancam?


PRU 13 diramal berlaku perubahan besar ? Benarkah?. Bahang pilihnaraya sudah mula dirasai sekarang. Bermula selepas Perhimpunan Agung UMNO, dan bertambah kuat selepas PRK Galas, dan Batu Sapi.

Sebelum ini pimpinan kanan PR pernah membentangkan kajian, yang menujukkan fakta, sekiranya pola pengundi berubah 4% kepada BN,BN akan mendapat kembali 2/3 majoriti di Pelimen. PR akan kehilangan banyak kerusi dan kemungkinan tinggal kurang dari 20 kerusi Parlimen dan kehilangan beberapa Negeri, yanng dikuasai PR. Sebaliknya, jika perubahan itu 6% kepada PR, BN dan PR akan sama bilangan kerusi Parlimen, tetapi beberapa negeri akan bertambah dibawah PR.

Dr Mahadir meramalkan sebaliknya. Beliau berpendapat kekurangan 2/3 majoriti BN di Parlimen, tidak akan berubah.Tetapi 2 negeri akan dapat dirampas BN dari PR. Kata dan telahan beliau lebih perlu di beri perhatian pimpinan PR atas beberapa faktor;

1. 2008, Anwar Ibrahim berjaya melumpuh BN semasa Abdulah Badawi menjadi PM. Perlu diingatkan, Abdullah Badawi tidah pernah bersama Anwar dalam kerjaya politiknya. Sebaliknya, sejak Anwar menyertai UMNO, Abdullah Badawi menjadi penentang dan musuh Anwar. Perebutan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Perubahan Ketua-ketua Bahagian UMNO yang memihak kepada Anwar, dan beberapa perubahan yang mengasingkan Pak Lah dari mendekati atau memahami Anwar dan pengikut setia Anwar.

Semua ini tidak membantu Abdullah Badawi mengenali Anwar, samada sikap, gaya, dan tindakan, menyebabkan Anuar berjaya menggempur BN dibawah Pak Lah, dengan strategi dan gaya Anwar yang asing bagi Pak Lah. Dan keputusan Pilhanraya 2004, BN hilang 2/3 majoriti Parlimen dan 5 negeri jatuh ketangan PR.

2. Sekarang Pak Lah diganti oleh Najib, yang pernah menjadi kanan Anwar semasa Pemuda UMNO dulu. Lama mereka bersama, memberi peluang Najib mengenali Anwar dan pengikut setia Anwar. Gaya, sikap dan tindakan Anwar, memang telah lama di hadam oleh Najib, sepanjang bersama Anwar. Bagaimana Anwar bertindak dan memahami bagi menghadapi musuh politik, samada dalam UMNO, maupun PAS dan Pembangkang lainnya diluar parti.

Dalam masa sama Mahadir mantan PM, yang menjadi musuh dengan pasukan Abdulah Badawi dulu, telah mula berkompromi dengan Najib bagi menghadapi Anwar, sebab dendam lama beliau. Mahadir pula, berpegalaman luas dengan gaya Anwar yang sejak 1984 lagi, Beliau telah bersama sebagai rakan, mentor dan ketua bersama pembantu sekian lama, menyebabkan tindakan dan strategi Anwar, macam dalam poket kecil Mahadir.

Dengan kelebihan ini, Najib nampak berjaya mendahului Anwar dalam beberapa strategi dan tindakan menyebabkan Anwar nampak kaku dalam pencaknya di gelangang politik sekarang.

Mampukah PR yang banyak bergantung kepada momentum Anwar Ibrahim bertahan atau menambah kekuatan pada pilihanraya 13 kelak?

Mampukah Anwar Ibrahim mengeluarkan taktik baru, yang luar dari kotak pemikiran dan pengalaman gabungan rakan politik beliau yang menjadi musuh politiknya sekarang.

Mampukah PAS bangkit segarkan diri kembali sebagai parti yang kuat dan berstrategi dalam membantu? atau memimpin? PR.

Mampukah DAP megekang pengaruh Cina yang merosot 3.2% di PRK Galas ? Dan pengundi India yang merudum sokongan kepada PR.

Data pemilih PRU12 pada 2008 yang lalu, kalu dilihat, tidak membantu PR bertahan , kerana peratus UNDi Cina rata-rata bawah 60%(melainkan UPU Cross Street, Permatang Pasir, Penang, dan Bukit Gantang), saluran 5 dan 6 masih menjadi kubu BN.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing