Terdedah dan Tertutup
Hari ini 30 November, Selasa. Saya ajak kawan-kawan makan tengahari di Kuala Muda, sebuah kawasan pendaratan ikan yang menggunakan kaedah bisik-bisik dalam urusan jual beli ikan. Tempat yang memang menjadi kegemaran saya makan. Disini, saya akan membeli ikan dengan berbisik, dan minta supaya warung makan, mana-mana yang 3 buah disini masakkan untuk saya. Memang sedap, masakan panas-panas. Kali ini saya pilih warung yang diatas pantai , Muara Sungai Muda, sebab angin yang hembus muka dan permandangan laut, disamping aktiviti sampan dan bot nelayan yang sedang memunggah ikan untuk di bisikan.
Dalam perjalanan ke sini, saya, melalui sms telepon, ajak Tuan Penyelia DUN, untuk makan bersama. Dia minta saya tunggu masa Zohor di Penaga, dan saya singgah di Masjid Penaga, untuk Solat Zohor.
Masa ada 9 minit lagi nak masuk waktu. Jadi saya solat tahiyatal Masjid dulu.
Selepas solat Tahiyatul Masjid saya lihat banyak kitab dan buku agama yang penuh dalam grobok atau almari masjid, saya bercadang nak mentelaah sikit. Malangnya saya dihalang oleh kunci modern yang dah berkarat tak terusik.
Maknanya. kitab-kitab disitu untuk tonton saja, macam orang Melayu dulu, beli pingan mangkuk baru dan ada harga sikit, bukan untuk guna isi makanan, tapi hiasan di serambi rumah.
Saya jadi geram, bukan dengan orang yang mengurus masjid tu saja, tapi kitab yang baik-baik dan mahal, saya hanya dapat tontong saja. Kenapa Allah takdirkan saya melihat, tapi tak dapat merasainya? Apa hikmah di sebalik tontonan saya ini?
Kitab-kitab yang di kurung Pengurusan Masjid.
Almari ini lebih Alim dari Jamaah Masjid
Sudah berkarat,Berapa lama dah tak berusik.
Kejadian ini menyebabkan fikiran saya melayang jauh ke Kemboja dan Sabah.
kenapa Kemboja? Kenapa Sabah?
Saya baru balik Sabah, dan semasa disana, saya buat free medical checkup kepada penduduk bagi membantu mereka mengenali dunia moden. Mereka hanya kenal Panadol, sakit apa pun Panadol!
Dalam perjalanan saya disana, bertemua kawan-kawan disana, menziarah, saya ditemukan dengan seorang Ustaz terkenal juga, dari Kedah. Dia ada disitu sebab nak melangsungkan perkahwinan kedua, dengan anak dara tempatan. Dia mengenali saya, dia menceritakan yang dia bukan kenal lama dengan dengan anak gadis yang menjadi jodoh itu, tapi baru sekali datang, tapi dah jodoh! katanya lagi, nak bandingkan dia selalu ke Kemboja, yang memang terkenal dengan kegiatan orang Malaysia kesana biasanya untuk berkahwin muda. Ini pun baru balik Kemboja ni, buat korban disana! tambahnya lagi.
Saya jadi naik syeikh, apa tidaknya, sebulan ni saya asyik dengar, ustaz-ustaz kita ni banyak sangat berkempen korban di Kemboja. Sebahagian mereka ni saya kenal sangat, harap derma saja, nak bergerak mana pun.
Saya kata pada ustaz tadi, saya pernah ke Kemboja ni, banyak juga pekan dan kampung yang saya masuk dan lawati. Kalau ikut penglihatan mata saya dan perbincangan saya dengan penduduk Islam Kemboja ni, mereka buka susah sangat. Malas banyak, ada la. Masjid mereka semua elok dan besar. Sembahyang Zohor, Asar, Magrib, Isyak dan Subuh, tak sampai 3% ruang masjid yang digunakan, tapi ustaz kita disini dok kempen buat masjid disana, buat korban disana,, dakwa di sana orang Islam susah sangat, masjid daif.
Sepatutnya ustaz dan para pemungut derma kita datang ke Sabah atau Sarawak. Mereka disini yang lebih memerlukan. Saya banyak menjelajah dengan program MC Free ni. Saya dapati penduduk Sabah dan Sarawak, hanya mampu beli gula, minyak masak, serbuk cuci, dengan nilai RM0.20 sehari, barang ini di bungkus semula dalam plastik panjang, yang kita buat isi ais krim buatan sendiri diSemenanjung. Saya melihat di Sabah, masyarakat amat daif, dan miskin samada ilmu ataupun meterial. Mereka terbiar dan tidak dipedulikan oleh orang orang yang mengaku pendawah.
Apa lagi,, Ustaz yang dengar saya sembur tadi pun tune lain macam bunyi. Memang betul! katanya, Tahun ni saya bawa lembu lebih 36 ekor, Ketua Pemuda Penang, pun bawa banyak, Dewan Ulama Penang, pun bawa lembu banyak juga, kalau nak di kira, satu rumah dapat seekor lembu.Punya mewah. Tahun depan saya pun nak mai buat korban disini juga! cakapnya lagi.
Patutlah kawan saya kata, puak ni pun nak berjalan juga, dok tengok hang saja jalan, jadi depa pun kutip derma lah!!!
Keluarga Saya Bersama Isteri Hj Naim
Keluarga Saya Bersama Isteri Hj Naim
Masjid tadi menjelaskan kepada saya berapa tertutupnya, pemikiran dan pengetahuan mereka. siapa yang nak bawa mereka ini lebih terdedah dan boleh berubah??
Anak saya di Perkampungan Atas Air
Rumah Yang Serba Daif.Hanya Masjid dan Kubur
diatas daratan Pulau Mabul.
Comments