Hari ini demonstrasi di adakan di sebahagian negara Arab, dan Malaysia tak ketinggalan kenapa? Mesir terus menghalang konvoi bantuan kemanusiaan di Arish sempadan Rafah, bukan itu saja,Mesir buat kerja gila dengan membuat tembok besi dalam tanah bagi menghalang Umat Palestin mendapat saluran nafas sebagai masyarakat dunia, mana ada orang buat tembuk ke bawah tanah ,biasa oran buat tembuk atas tanah,bertambah jelaslah tulisan كافر didahi pemimpin yqng membisu dan bersama Israel. Saya yang berpengalaman menunggu satu minggu di sempadan Palestine untuk sampaikan bantuan, memang kenal sangat dengan pemimpin pemimpin Arab yang ada sekeliling ,Pada masa saya di sana Khalid Mashal bersyarah di stadium Syiria, beliau menegaskan dalam ucapannya, bahawa beliau hanya patut berterima kasih kepada negara seperti Cuba, Venuzila, Mexico dan seumpamanya yang terbukti bertindak melawan Israel dan sekutunya, negara ini sanggup menghalau duta Israil dari negara mereka, atau memanggil balik duta mereka
Comments