PAS Di Parlimen





24 November,PAS Cawangan Bayan Lepas telah menganjurkan lawatan ke Parlimen Malaysia, bagi meningkatkan pengetahuan serta mendedahkan maklumat secara langsung kepada ahli-ahli dan aktivis. Seramai 40 orang telah menyertai rombongan ini, yang bermula seawal jam 5.30 pagi . Mereka bertolak ke Parlimen dengan BAS sewa khas.

Rombongan yang disertai oleh lelaki dan perempuan ini juga, ikut turut serta terdiri dari JKKK Bayan Lepas, Ajk PAS Telok Kumbar dan Ajk PAS Bayan Baru.JKKK Bayan Lepas, diketuai oleh Tuan Hj A. Rahim bin Sanusi sendiri,serta Ajk. JKKK Kg Perlis, Bayan Lepas, di ketuai oleh Pengerusi bersama Beberapa AJK. Hj Anuar, Ajk PAS Bayan Baru juga Ketua PAS Cawangan Sg Tiram turut serta.

Rombongan mereka yang sampai sekitar jam 10.15 pagi,(sama macam saya, masa mereka selesai daftar di Pos Pengawal, kereta saya pun baru sampai masuk kawasan Parlimen) juga berpeluang mengikuti perbahasan Parlimen, yang kebetulan YB Yusmadi, Yb Fidaus Jafar, Jerai. Yb Saifuddin Nasution, sedang berbahas dengan Timbalan Menteri. Selepas itu, rombongan ini telah dirai oleh YB Ust Taib Azimudin,Baling. YB Mohamad Nasir Zakaria,Padang Terap. Yb Dr Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar. YB Yusmadi,Balik Pulau. Sdr Wan Johari, Pegawai Tugas-Tugas Khas PAS di Parlimen, dengan bersama makan tengahari bertaraf lima bintang, di bangunan Parlimen.

Selesai jam 2 petang, rombongan bertolak ke Jalan Masjid India, berbelanja,dan seterusnya ke KLCC, sebelum pulang ke Pulau Pinang.

Mereka semua yang menyertai robongan ini, amat berbesar hati dengan layanan yang diberikan, dan berharap dapat mengikuti lagi, sekiranya ada peluang pada masa depan.
Selaku Ketua PAS Cawangan Bayan Lepas, saya berjanji, akan pastikan semua ahli disini, diberi peluang meningkatkan pengalaman dan pengetahuan, dengan aktiviti yang lebih inovasi dan lebih kreatif.

Comments

Anonymous said…
salam zol,bila nak bawak kami yg di Balik Pulau nii...dok nganga saja nii...tak ke mana ....kesian kami sama

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan