Banjir Kedah: Ujian Perjuangan

YDP Kuala Kedah YB Fakrurazi,bersama petugas PAS Kawasan, mengimam solat Asar di parking Airport Kepala Batas yang ditutup kerana banjir.
Rumah Penduduk di sepanjang jalan Mentalon, yang di naik air.
Kelab diRaja juga ditutup, sekali dengan aktiviti yang dimurka Allah juga terpaksa diberhentikan
Ibu yang setia, menyediakan makanan keluarga yang diamanah Allah walaupun dalam khemah di atas bahu jalan Mentalon, sebagai tempat berlindung banjir
Saya bersama Yb Nasir Naib YDP Kawasan,YB Amirudin, Ahmad Nasa,Karim, Arifin dari PAS gelugor, menyampaikan baarang makanan pada mangsa banjir yang berlindung di atas jalan raya menuju Airport .
Pumpong, tempat yang terkenal dengan kedai makan ikan keli, habis di telenggami air.

Bahu jalanraya dijadikan rumah sementara, tanpa letrik, air bersih dan tandas.Apabila Bencana banjir Kedah melanda

Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PAS , menjadi negeri yang mengguruskan harta kerajaan dengan baik, mengikut Audit Negara terbaru.
Dalam menguruskan negeri ini, Kedah juga diuji dengan berbagai ujian, samada dari musuh atau bencana. Terbaru ialah bencana banjir yang melanda utara Kedah. Agak kuat banjir kali ini dan panjang masa, hampir seminggu air masih belum surut.

Pemimpin Negeri yang terhad wang dan peralatan, berhempas pulas menunaikan amanah sebagai pemimpin. Turun siang dan malam membantu. Berjalan kaki meredah banjir, kadangkala dengan bot, mereka membantu mangsa yang teperangkap.

Selepas solat Jumaat di Masjid Kuala Muda, saya dihubungi kawan dari Gelugor, mengajak saya membantu mangsa banjir. Mereka membawa sejumlah wang yang disumbang oleh Jamaah Jumaat, Masjid Gelugor, dan rakan lain yang turut menyumbang untuk disampaikan kepada Yb Amirudin dan PAS Kawasan Kuala Kedah, bagi meringankan beban mangsa banjir.

Mulanya mereka mengajak saya beli barangan untuk di bawa kesana, saya kata, biar kita pi tengok dulu, mana tau kalau tak boleh masuk nanti! berita kata,air naik sampai Lebuhraya pun tutup, Kata saya lagi!

Kami pun bertolak dengan Toyota Parado, milik Ariffin. Bersama saya juga dalam kereta ini, Ahmad Nasa dan Karim. Kami berhubung dengan kawan disana, Akashah, nama yang menunggu kami disana untuk pandu arah bagi mengelak banjir manghalang perjalan kami.Mereka kata pada saya, semasa menunggu saya pulang dari Kuala Muda, mereka berjumpa SU Pemuda PAS negeri Pulau Pinang.M Nor , beliau kata, Pulau Pinang kena bertugas bantu banjir di Perlis! Kawan-kawan saya terpingga-pingga, Kenapa tidak dihebahkan maklumat melalui saluran parti yang sempurna? Penerangan,?Kebajikan? Yang DiPertua Kawasan? Kalau sampai disana, dimana nak lapor diri? Siapa Nak Dihubungi? Kalah lagi la kita kalau ada pilihanraya, maklumat tak lancar, arahan tak standard!!!

Sampai disana kami diarah ke Mentaloon. sampai di Mentalaoon, hati tuan kereta dah kecut, melihat air yang dalam diatas jalan melintasi dengan laju. Kalau silap hari, boleh hanyut dengan kereta sekali ni, atau pun semput injin, rosak di masuki air. Kawan-kawan saya ni memang Tawakal mereka tinggi. Kami redah air bah ini.

Sampai depan Istana , kami dihubungi sekali lagi. Kami diarah terus ke Airport Kepala Batas , Petugas Banjir PAS Kawasan sedang berhenti sekejap untuk sembahyang, dan susun semula kerja bantuan. Sampai di Parking Airport, kami lihat YDP Kawasan, YB. Ir. Fakrurazi baru nak mula imamkan solat Asar. Alhamdulilah, pemimpin yang sentiasa memimpin pengikutnya bertaqwa dalam apa saja keadaan.

Yb Ir. Amirudin, Yb M. Nasir Mustapa, dan Yb Farurazi datang bersalaman, dan Hj Ariffin mewakili Kariah Masjid Gelugor, Pas Kawasan Gelugor menyampaikan dua sampul yang padat kepada YDP dan Ir. Amirudin. Kami diberi sedikit taklimat dan diajak bersama konvoi bantuan yang terdiri dari 2 buak lori besar, 3 pacuan empat roda dan 2 pickup.Keperluan mereka, mangsa banjir, ialah air bersih.

Semasa kami berhenti sekejap di Pusat Gerakan Banjir PAS Kawasan Kuala Kedah, bagi urusan mengambil bekalan tambahan dan merancang meneruskan kerja bantuan. Saya melihat Cg Haris, dan beberapa petugas sedang sibuk menyelia kegiatan bantuan. Papan putih yang dicatit disitu menunjukkan mangsa banjir yang di pindah, telah mencecah 10.000 orang. yang tidak ke pusat pemindahan lagi ramai, mereka berkemah di atas jalan, tanah tinggi, tingkat atas rumah yang masih belum naik air, untuk berlindung. Dalam samar malam, semasa menunggu bekalan di susun, Cg Mat Isa, Ishak dan Gee dari Kampong Perlis, Balik Pulau pula baru sampai. Lama saya tak berjumpa mereka, Alhamdulilah, banjir ini dijadikan Allah alat pertemuan.

Sampai jam 10 malam kami bersama mereka, baru kami balik ke Pulau Pinang, tetapi mereka Pimpinan PAS kawasan, masih terus menjelajah kawasan mencari mangsa untuk dibantu...........

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing