Debat Siapa Pengkianat ;Tanah Melayu Tergadai

Dr Mujahid sedang memberi kaedah penyelesaian, Melayu Pulau Pinang.
Yb Farid, Pemain baru UMNO Pulau Pinang yang belum nampak habuan.
Ahli Panel bergambar selepas sesi majlis.

Debat Siapa Pengkianat ;Tanah Melayu Tergadai Di Pulau Pinang. Malam ini 10 November 2010, Jam 8 malam, Bertempat di Dewan Masyarakat Penyayang Jalan Utama,Penang.
Bertukar tajuk menjadi, Forum Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang.Apakah Jalan Penyelesainya???

Pembahas yang dimulakan dengan Cikgu Azmi TERAS, membicarakan tentang punca penghakisan tanah orang Melayu di Pulau Pinang dan Malaysia amnya. Azmi mengariskan 3 punca. Pertama, pengambilan tanah oleh Kerajaan bawah Akta Kanun Tanah Negara pindaan. Kedua, pembangunan yang laju menghambat. Ketiga, tawaran yang lumayan kepada Melayu yang menghilangkan pertimbangan, dan menjualnya. Bagi Azmi, ancaman yang ketiga adalah yang paling bahaya, kerana kuasa politik apa sekalipun, tidak dapat mengekang. Tapi ada satu lagi puncanya, yang paling malang, Tanah Wakaf juga dilesapkan, bukankah ini kerja orang Melayu? tanya cikgu Azmi.

Dr Mujahid membawa definasi Melayu dan sejarah Melayu. Melayu diakui sebagai tonggak negara, dan asas pembentukan Malaysia, tanpa Melayu, semua ini tidak akan ada pada hari ini. Melayu bukan milik mana Parti politik.Beliau ingatkan, tanpa UMNO, Melayu tetap ada, dan mempertahankan hak mereka. PAS sebagai parti politik akan bersama Melayu mempertahankan hak ini. Beliau menekankan bahawa, anggapan Melayu hanya selamat dengan UMNO sebagai kurafat yang merosakan bangsa ini. Melayu menjadi lemah, disebabkan kuasa politik Melayu bercakaran sesama sendiri, sebagai bukti orang UMNO boleh duduk dengan PAS, tapi tak boleh bersekali antara UMNO dengan UMNO tertentu, kerana perpecahan parti, dalam keadaan parti UMNO yang berkuasa. Keduanya, Melayu dengan UMNO hanya menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah mereka, dengan UDA, Unit Penyertaan Bumiputra, Mara,PERDA,JKP, dan pelbagai lagi, mereka UMNO Pulau Pinang hanya meminta dan menunggu. Oleh itu PAS akan membawa pendekatan baru, Melayu Pulau Pinang mesti berdiri menyelesaikan masalahnya sendiri. dan bersatu , beramanah dan menegakan Islam dalam jatidiri.

Datok Seri Yusof Latif, mewakili Ngo Melayu, mendedahkan pengalaman beliau. Beliau yang menebus banyak tanah semasa beliau berada dalam politik UMNO dulu, tapi habis di jual dan lesapkan kemudian. Beliau kecewa dengan jatidiri Melayu yang berjawatan dan berkuasa sebelum ini. Mereka-mereka inilah yang menghakis tanah Melayu, bukan bangsa lain. Dengan dokumen dan bukti yang dibawa beliau, termasuk tindakan undang-undang keatas UDA dan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, yang terlibat memunipulasikan hak tanah orang Melayu Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan, semasa Anwar Ibrahim dalam UMNO lah , banyak tanah tanah Melayu bertambah di Pulau Pinang.

Yb Farid pula meminta semua, supaya tidak menyalah dan asyik menuduh, tetapi bekerja kearah menyelamatkkan Melayu Pulau Pinang.Kenyataan ini menyebabkan beliau dibidas teruk dalam forum ini. Kesemua panel dan peserta meminta beliau supaya belajar dari kerosakan lepas, jangan asyik nak membela saja.

Forum ini telah membukti dan mendedahkan, samada dari UMNO atau PAS, PKR maupun pertubuhan bebas, bahawa Melayu yang bertanggunjawab menghakis Tanah Melayu, termasuk Tanah Wakaf. UMNO adalah parti yang bertanggungjawab dalam penghakisan ini.





Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Ajk PAS Pusat,Timbalan Persuruhjaya PAS Pulau Pinang.












ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad Dip.QS (ITM), B.Sc.QS (CNAA) (RGIT Scotland), MBA(UUM), FISM, Regd. QS.(M)

Comments

Anonymous said…
mmg ar... dulu masa aku lepak penang.. org melayu yg guna nama mereka utk beli tanah melayu yg lain di penang... dan jual balik kat cina... tapi kaitan dgn umno camner lak tu??
pastu.. queens bay tu semua projek ada kaitan dgn anwar sms jd TPM... byk giler kaitan anwar ar kat tanah Penang tuh.. dulu pon teruk skang lagi mau ikot... pirahhh
Anonymous said…
melayu yg dok ada ramai yg bodoh sombong...dok miskin lama sgt,bgi mentekedarah nasik lmak pekak pun jdi dah..abih tu mengata org sana sini,yg cerdik sikit balaih apa patut,perkaya diri pastu kembang tengkok,bgi ank bini mntekedarah duit haram..mampuih laa klau dok bangga dgn bangsa melayu..yg bgi amanah dgn agamapun pening jgak..apa satu tak bleh harap..dok syok sendiri..rasa hebat sgt ka dgn 1 kerusi sampai ke tua...aib sungguh Melaya p. pening nih

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing