Posts

Showing posts from 2008

Kerjasama dengan Kijang Care

Image
Zolkifly md. Lasim bekerjasama dengan kijang care menyampaikan sumbangan bantuan kepada sebahagian dari 900 orang pekerje pekerja NIKKO yang diberhentikan di Pulau Pinang.

Usahawan Kemboja

Image
Bersama usahawan Kemboja 1 jam berbincang hubungan dan kerjasama ekonomi saudara Younous pemilik syarikat pelancongan dan hartanah

kalut-kelamkabut-kemelut

BN nak hantar Mp nya semua ke luar negara, kata Paklah nak krusus, kata Najib nak lawatan belajar, yang pentingnya 16oct jangan ada di Malaysia, tempat belum tentu lagi Taiwan atau Cina,kata Najib lagi , mari kita cadangkan mereka masuk PLKN yang dibina untuk psykologi budak budak jangan sokong PAS atau PR, Mp BN sama saja iq dengan budak budak, atau kita cadang hantar mereka ke Monggolia,

16 sept.hari perpaduan hias teratak menerima tetamu

16 september dah jadi tarikh penting rakyat malaysia dan warga dunia peminat Malaysia,banyak rakan luar negara saya bertanya tarikh 16 september! apa benar akan berlaku perubahan, satu maklumat dari London menjelaskan banyak benar tokoh tokoh UMNO membeli rumah dan memindah pelaburan kesana, ini satu lagi persoalan orang orang London yang minat perkembangan Malaysia, Tarikh 16 september semakin popular di dunia luar juga,Eropah, Arab, USA,Australia, berbodong bodong UMNO angkut harta mereka kesana, aduh hairan pribumi sana apa sudah jadi Malaysia ini. PAS jangan lupa perkukuhkan PARTI untuk perpaduan dalam gelombang jangan lemas, jangan berkecai nanti, kalau ada bumbung yang bocor mesti di salin, pintu yang usang diganti sekarang,ruang tamu mesti dihias menanti tetamu.
Ramadan datang lagi dalam gelombang baru di Malaysia, mampukah ummat di Malaysia menafaatkannya, YAB Guan Eng dah palu "Amal maruf Nahi Mungkar" dalam prinsip yang dia faham, marilah kita pendokong Islam melangkah maju membawa mereka mengenali kalimat dan ertinya, Ramadan ini kita ungkapkan dengan gelombang baru mengubah kita supaya melangkah setapak lagi melaksanakan Islam dalam berjiran, beramanah, berpolitik, tarbiah dalam definasi majmuk dan Malaysia. Anwar Ibrahim bercakap Keadilan menyeluruh,yakni Islam . Guan Eng Bercakap Amal Maruf Nahi Mungkar, yakni kalam Quran. PAS ayuh persada agenda "Baidatun Taibatu Warabbun gaffur" atau Negara Berkebajikan

dungu berkeputusan permatang pauh

Sang suria pagi sedang menyinsing di ufuk, rakyat jelata riang ria melihat mentari. gembira rasa menerima cahaya, lebih lagi melihat sang mentari yang terus meninggi, tetapi ada si malas yang cemburu dengan mentari yang menyinsing memedihkan matanya saja, dia ingin terus tidur dibuai lamunan, kalau bagun nanti kena kerja, kalau enggan nanti dikata orang malas, kalau tak pandai kerja nanti dikata bodoh,kalau kalau cakap nanti dikatakan dunggu maka biarlah mentari jangan muncul,aku terus tidur, ayuh bikin cerita biar orang takut sama mentari, sang mentari ni gila menayang diri,, sang mentari ni ada proksinya yang menjolok tinggi, sang mentari ini bisa datangkan petaka kalau dibiarkan, maka para khalayak pun bertanya, jadi bagaimana sang mentari akan tetap menyinsing sejengkal ke sepenggalah?, mana bisa kita tahan atau halangnya'! sidungu pemalas berfatwa kita tutup tingkap dan pintu jangan bersama mereka diluar sana,maka terpisahlah suria dan gelita, dungu dan geliga,bodoh dan bijak,...
Image
Setiausaha Pemuda PAS negeri Pulau Pinang Md Noor mengucap tahniah kepada YB Abd Halim Speaker DUN satu permulaan yang baik bagi mengorak langkah kedepan

Pas Membantu Umno Buntu

Image

Pas Membantu Umno Buntu

Yb Dr Mujahid Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang benar benar menonjolkan sikap PAS yang berkhidmat kepada rakyat untuk kesejahteraan, beliau memimpin parti membantu dan menyelesaikan masaalah rakyat sedangkan Umno dan BN buntu dan diam membatu tentang masaalah 1000 orang diberhentikan kerja dengan penutupan kilang NIKKO di Pulau Pinang, Semuanya hasil tangan BN yang menaikan harga minyak dan menghilangkan kompetetif syarikat syarikat dan seterusnya menggulung tikar, PAS telah memberi amaran awal akibat penstrukturan harga minyak diParlimen July ini tetapi BN rakus kaut keuntungan dengan dasarnya yang mengila itu. Sebagai Ahli Parlimen beliau berjanji akan ketengahkan isu pemberhentian pekerja ini sekali lagi diParlimen dan mendesak kerajaan pusat membantu mendapatkan pampasan kepada mereka segera,beliau juga akan berunding dengan kerjaan negeri untuk membantu mereka ini. YB. dengan jentera klub peyokong PAS, beliau berjaya menyelesaikan hampir 80 peratus dari 500 orang terdiri dari ...

Strategik Planing

Saya menerima email berkenaan cadangan strategik planing untuk PAS Pulau Pinang,ianya bagus kerana penghantarnya berusaha membangunkan lagi PAS walaupun ideanya berkisar kepada rancangan mendekati belia dan usahawan belia dengan mendasarkan plan kerajaan negeri yang memperuntukan belanja besar ke posisi ini, Bagi saya strategik planing bukan strategi, ianya ialah menyediakan persiapan masa depan, dengan mengenalpasti dan membunuh kelemahan sekarang, Oleh itu mengenalpasti kelemahan dan merangka tindakan seterusnya menghasilkan cita cita itu perlu di buat sebagai satu pakej! contohnya; 1. Kepimpinan; Bekecamuknya jentera --- kretiria ketua ---- martabatkan 2. Kewangan; susahnya kantong Parti --- sistem ----- aliran debit 3.Pilihanraya pengundi kurang ------ pendaftaran/ ------- pertambahan Setelah disediakan analisis ini maka plan taktikal dan strategi di putuskan dan dipadankan, maka parti masa depan di lahirkan dalam tempoh yang disasarkan. Ayoh sembang kerja

Syabas PAS

Mendung Politik Malaysia sedang berarak ke Pakatan Rakyat sekarang, dengan suasana ini memberi sedikit sinar mentari kepada PM,menantu dan anak anaknya,sedangkan Timbalanya sedang berhempas pulas dalam gelombang besar yang membadainya,negeri negeri ditadbir PR mula di badai lagi dengan isu isu ribut, Selangor dengan kutipan derma dan gantung kerja Setiausahanya dan terbaru Selangor dengan insiden protes yang mencemarkan, Pulau Pinang bunyi gempita Pimpinan Negerinya di minta turun,sms menjadi siaran popular isu isu ini, dalam pada itu Negeri dibawah PAS agak tenang dan bersantai politiknya,mereka ini nampak dapat meningkatkan kepercayaan orang ramai serta berkeyakinan, PAS terus bergerak mengukuhkan Parti dan strukturnya dalam semua parti parti lain sedang goyah seperti MIC yang tindakan pimpinan mudanya membubarkan jentera dan keluar parti, Gerakkan ditinggalkan pimpinan kanan yang berpotensi,MCA dengan kemarahan ahlinya yang diintip parti. Ini semua mengingatkan saya pada Ahad lepas ...

PAS oh PAS

Semalam berita memaparkan lagi masaalah pekerja kilang yang diberhentikan. ada ibu tunggal yang masih menyara anak,ada keluarga yang mempunyai masaalah kesihatan, semua menghiris jiwa sesiapa yang mendengar dan melihat, azabnya umah di bawah pemerintahan BN di bala Allah, mereka telah gagal menyelesaikan isu masyarkat, ekonomi dan politik,ayoh PAS apa lagi mimpi yang dibuai layankan,kerajaan dah ada, fesalitis tersedia digerakkan, Lajnah jangan lena, apabila itu imbauan fikiran dan hasrat saranan,tiba tiba seorang teman sms jam 11 malam membangkitkan perkara sama , saya terus hubungi dan minta berjumpa segera, tetapi apa potfolio kita nak di tangani, PAS samada parti politik, badan da'wah, jentera kebajikan, gerakan apa gerangan ini?

Kenapa Najib?

Langit politik Malaysia mendung lagi dengan dentuman guruh sodomi dan Atantuya, Anwar sekali lagi di bawa ke khalayak dengan isu sama "liwat" yang diadu olah seorang yang mengaku sebagai pegawai khas beliau, isu menjadi gegak gempita sehingga ketika itu saya berada di New Delhi, India semua akbar India memaparkan berita ini sehingga ke separuh muka surat, ianya dikaitkan dengan Saiful Bahari dan pertemuanya dengan Najib di pejabat Najib, Najib mengaku dengan alasan mulanya berkenaan permohonan biasiswa kemudian Najib mengaku Saiful berjumpanya mengadu di liwat Anwar,dalam masa yang sama Raja Petra mengegarkan singahsana Najib dengan surat sumpah bahawa Isteri Najib, Rosmah berada di kejadian pembunuhan Atantuya,berhempas pulas Najib menghadapinya di Parlimen dan pada media, sekarang Najib dihumban lagi dengan dakwaan berada dengan Atantuya dengan pendedahan oleh penyiasat persendirian, PM Abdullah dan menantunya sedang berehat di koridor politik Malaysia,politik Malaysia memb...

Taj Mahal diMalaysia

Image
Saya baru pulang dari India kerana urusan kerja disana, 4 hari di Delhi menguruskan kerja kerja Syarikat dan berkesempatan berjumpa Umat Islam serta Imam imam beberapa masjid disana amat berbaloi dan,kehidupan mewah pimpinan syarikat disana bagaikan dalam filem hindustan saya dilayan.Sem pat saya berjumpa Imam Masjid dan umat Islam disana bertukar pandangan dan menjengah kehidupan mereka,dalam lawatan ini saya di bawa melawat tempat sejarah yang hebat hebat belaka, Masjid Jama',India Gate,Parlimen,Humaiyun,makam Nizamudin, Taj Mahal, begitu banyak kota kota peninggalan pemerintahan Islam di India, Taj Mahal benar benar mengimbau saya balik ke tanah tumpah darah "MALAYSIA" yang membina kota dan bandar bertaman hijau dan air yang mangalir dan memancut,Putrajaya, KLCC,Langkawi,persis Taj Mahal, zaman Shah Jahan dan isterinya Mumtaj, Mumtaj tidak sempat menikmatinya melainkan kuburnya saja di semadikan disana, tetapi itulah hujungnya pemerintahan kerajaan Agra Mughal, membela...

Fiqh Kelantan

Image
Kelmarin sehari saya bersama Yb Muhamad Hussain Kelantan, setelah lama tak mengamuk susun program saya sekali lagi cuba kemahiran samada skil masih ok,alhamdullilah berjalan lancar, 5 program setengah hari, bermula dengan khutbah Jumaat,lawatan ekonomi, Dailog, Kuliah dan ceramah sebagai penutup, Masjid, dewan JKKK, Surau dan padang habis digunakan,JKKK Bayan Lepas tolong urus/jaga dewan untuk program dailog,Jawatankuasa Kariah Urus Masjid, Peniaga dan Penternak buat demo usahawan,pendek kata semua jalan lancar.Yb sampai awal, langkah kanan kebetulan saya di jemput makan durian di Permatang Tinggi C, sekali saya bawa semua makan, tuan rumah bukan main punya seronok dapat tetamu istimewa, Dalam menyusun program PAS teringat saya akan matlamat dan rujukkan?kita merancangkan kegiatan yang banyak untuk merubah pemikiran khalayak untuk mencapai keredaan Allah kita perlu kepada rujukan matlamat ini, dalam perjuangan menegakkan daulah dizaman moden ini,terbincang saya dengan YB pada hari itu ...

Al-Badawi di baldi minyak?

saya di Kuala Lumpur pagi tadi berurusan kerja sendiri,saya naik bus untuk pastikan tambang yang di tuduh media utama melangit tinggi, tetapi saya beli tiket Pulau Pinang ke Kl RM24, saya kira sama sahaja,sebelum bertolak saya ajak kawan makan nasi bersila, sedang makan tauke nasi bersila duduk dimeja sama saya, saya agak dia berhenti rehat dan minum kot,saya lihat tiada pelanggan beratur lagi, lalu saya tanya dia, hebat perniagaan sampai tauke tak sempat makan,minim, dia terus bingkas jawab,mana ada hari minyak naik jumaat lepas tak da orang pun masa awal jam 8pm hingga 11pm, lewat malam dah baru orang mai, saya terus tanya dia hari tu saja kot!, Mana 3 hari macam tu, disambut taukenya, patut saya nampak periuk sotongnya berkuah sahaja tak bersotong, dia dah agak jualan kurang,.Kata kerajaan nak tolong orang !janji imam ghazali, imam shafe'e,dia naik jet rata, menteri hambat penjual ayam, penjual nasi,kata harga melampau, hampa naik kereta apa, makan dimana,sinis si tauke nasi ber...

Naik Minyak

Hari ini saya ke EXPO Seberang Jaya ziarah kawan yang jadi tauke FunFair(Gelaran saya pada kawan event managment)saya bertanya kabar perjalanan dan sambutan acara, perserta usahawan, pengunjung serta aktiviti lainnya, dia kata ok sahaja sambutan pengunjung cuma kuasa beli menurun! terus dia salahkan harga minyak yang naik penyebab pengunjung tidak berbelanja, saya terus terkenang 3 hari lalu saya membuat perjalanan bersama keluarga ke Kl, Pahang, Terengganu dan Kelantan, semasa perjalan ke Kl,bagi melawat kerja kerja pengubahsuaian Cawangan DBM Hospital yang baru di Sunway Batu Caves, saya keluar di Toll Taiping dari Lebuhraya perompak jalanan, dengan keinginan nak menyusur ikut Beruas-Teluk Intan-Kuala Selongor seterusnya Kl, sesampainya di jalan Simpang Ampat Taiping jalan sesak yarobi, saya terus hukum, mesti kemalangan di hadapan, tetapi sesampainya di Simpang, baru saya nampak bersusun kereta lori dan motosikal nak isi minyak di 2 stesyen Pum Minyak yang ada, saya baru teringat sm...

Langit Malaysia

Telah 3 bulan pilihannraya 12 berlalu Malaysia telah mengalami kejutan politik besar tetapi ekonomi terus muram tanpa sebarang kejutan dan petunjuk, biasanya selepas Pilihanraya umum bursa saham agak segar bugar setidaknya mendaki parlahan demi tingkat ke tingkat tetapi sehingga hari ini index terus menurun dalam papan bursa new york, Nekkei, dan seumpamanya menunjukkan pucuk yang menjulang,hari ini 440 kaunter rugi, semua kaunter kaunter utama terus merudum, apakah ini petunjuk politik Malaysia akan mengalami perubahan besar,salah satu petunjuk dan kemajuan saham bergantung kepada keyakinan politik dan kepimpinan, tanpa keyakinan ini pelabur akan takut macam takutnya si penoreh getah masuk kebun sebab langit yang pekat mendong seperti akan hujan,kalau ditoreh susu akan di bawa air hujan yang sekiranya turun, jadi untuk itu kita minta adakan teknologi hujan diturunkan cepat supaya langit Malaysia ini kembali cerah untuk aktiviti masyarakat tertunai,ekonomi berkembang bak cendawan selep...

Broker

Kelmarin sepasang datang jumpa saya mereka mewakili sebuah syarikat percetakkan, mereka mahu saya melobi untuk mendapat kerja dengan kerajaan negeri PR.saya telah bertanya mereka apa yang telah mereka buat selama ini untuk mendapatkan kerja ,kata mereka mereka ada kerja kerja rutin yang cukup untuk survival syarikat tetapi nak cari yang boom pula, saya kata saya tak jadi broker tetapi saya tunjukkan jalan macam mana nak kembangkan pasaran kepada sektor sektor utama dia pun setuju dan beredar dengan semangat baru.

Main Luar gelangang

Pakatan Rakyat yang menang di Pulau Pinang telah 3 bulan lamanya tetapi masih tak selesai banyak perkara alasannya BN kacau daun,bermadah sepanjang perjumpaan akan diberi sama rata antara Parti PR yang bekerjasama tawan Pulau Pinang, perunding dihantar berborak dengan nasi kandar,PAS pun dengan rela menyerahkan kerusi yang PRU11 kepada PKR, Sg Bakap, Pinang Tunggal,Teluk Bahang di ganti Bayan Lepas, sudah keputusan, DAP teraju PKR pembantu NGO ditabal, PAS main luar gelangang, eloknya percaturan,masa pembangkang pun berdikari sudah kerajaan pemerhati,apa akan berlaku sekiranya PR dapat kerajaan Malaysia, kita menanti sikap PAS Pulau Pinang antara sembang kerja menongkah arus atau hanyut sebagai buih. Johor hilang Batu Putih, PAS Pulau Pinang di hidang ayaq Putih dan tinggal telog Putih.

jangan joli

Hari ini saya mesyuarat badan perhubungan negeri PAS Pulau Pinang , dipersembahkan laman web Lajnah ekonomi PAS Negeri, dengan sasaran 1000 usahawan, saya menarik perhatian dengan kenyataan Mat Sabu di headline akhbar "Nak Kaji Zakat Bantu Orang Bukan Islam" saya rasa aneh, dah hebat sangatkah orang Islam sekarang ni, dadah, pendidikan, rumah tempat tinggal, perniagaan, lain lain dah selesaikah, orang bukan Islam pun gelak dengar kenyataan ini dah habis fikir ka orang Islam ni. Jangan Joli kalau tak pandai belajar dari Iran lawan dadah, penceraian,pendidikan, menetang Amarika, jangam tengok Shiahnya, macam Pulau Pinang pendapatan Zakat 28juta ringgit setahun kalau saya,saya akan ambil Rm5juta buat hantar 1000 pemuda usia 17 tahun ke Makah setiap tahun, berbai'ah depan rasululah menentang kemungkaran dan mustakbirin sekarang, belia muslimat melawat ummul mukmin belajar jadi isteri terbaik, sebab itu Iran boleh kurangkan penceraian, penagih dadah, dan membina semangat juang...

anjakan paradigma

semalam saya di jemput berforum bersama pemuda PAS Penaga kehadiran sekitar 50 orang mereka nampak bersemangat mendapat makluman dan bertenaga untuk meneruskan perjuangan PAS, saya tekankan anjakan paradigma yang perlu ada pada masyarakat Pulau pinang, mereka tidak akan berubah dengan perubahan yang ada melainkan mereka bertindak kepada perubahan antaranya mendapat maklumat melalui berforum, membaca,berguru, untuk itu mereka perlu kepada rule model atau ekon,Al-Quran meyeru melihat contoh kepada nabi sebagai pendekatan terbaik sekiranya kita berhasrat berubah, contohilah sesiapa yang terbaik untok kita menjadi lebih baik, PAS berjaya mengenegahkan contoh kepimpinan terbaik di Kelantan sehingga menjadi ikutan kepada ketua ketua kerajaan PR, peserta mempersoalkan apa yang boleh mereka dapat dengan kerajaan baru ini?saya kisahkan pengalaman saya berada di satu forum umat islam dan pendidikan di selatan Thai,mereka ingatkan mudir sekolah dan peserta supaya jangan jadi umat islam Malaysia s...

PASAR IDOLOGI

malam ini dijemput rasmikan forum anjuran pas bagan, panel terdiri Cg Azmi(TRAS)Ahmad Jailani(peguam), Abdullah Isa(exco pemuda PAS Baling),Yusni M.Piah(moderator) jemputan agak mengejut masa diberi 5 jam sebelum program.Saya ketengahkan bahawa isu isu semasa mesti diketengahkan dengan berani oleh PAS supaya menjadi gelombang kebangkitan islam yang menjadi pengadil kepada sebarang permasalah,Ahli PAS diseru supaya mengambil kesempatan dengan suasana Hudaiybiah moden ini dimana PAS di amankan selama sekurangnya 5 tahun sebelum pilihanaya semula, jadi gunakanlah kesempatan,fesalitis,kerjasama dengan PKR+DAP untuk memasarkan falsafah perjuangan yang mula diikuti oleh pimpinan 5 negeri yang PR menang ,setelah Tuan Guru MB Kelantan menjadi ikutan YAB Guan Eng.

Bijak PAS tak bodoh macam UMNO

5+1 bunyi macam tu dimana mana sekarang, pembangkan jadi kerajaan , UMNO jadi kera-jalanan, dia kata Melayu habis dah sekarang ni, masa dia dulu boleh lagi dipertahankan (supaya lambat sikit pupus macam dinasour) , UMNO menyelesaikan isu rupa bangsa dan survaival dengan perkauman iaitu mengurangkan lawan dia samada rampas hak orang lain atau halau atau bunuh kalau boleh nak siat kulit orang cina ganti dengan kulit hitam masammanis macam orang UMNO, kayakan Melayu baru orang pandang(walaupun rompak harta awam). Sekarang dia bergayut dari satu jalan kesatu bangunan nak bagi tau orang "Melayu dah habis dah la ni" tu lah bodohnya UMNO, bila PAS kata kita tak payah Cina/Hindu nak dijadikan Melayu(memang tak boleh pun ) kita promosi Islam semua orang boleh ikut dan jadi semacam cara berfikir(fikrah), baru 7 hari Hj Tsu Kon diberganti cina Guan Eng dah nampak Islam promosi PAS digunapakai dia umum nak ikut macam Omar Abd Aziz , dia pakai pen kilometiko di poket baju kot dia, dia tak...

harimau sarkas

PAS telah berjuang selama lebih 50 tahun sekarang sudah menampakkan hasilnya kata orang tua tua kalau tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, bersusah payah ahli kerja sebagai pembangkan dan jadi pembangkang pun!! ada pula negeri kita jadi pemerintah bermula dengan Kelantan sehinga habis utara Malaysia sekarang ini, macam sang kelembai bagi musuh politiknya tengok tapak pun dah besar orangnya?? macam masuk hutan nampak tapak harimau pun dah kecut kalau dengar ngaumannya terkencing seluar jadinya, musuh PAS lihat PAS macam tu, masalah PAS ahli ahli dia walaupun dan menang dok perangai macam pembangkang juga nak guna saluran tak berapa nak??? bila tak mampu nak bergerak mengaumlah pula!!! jangan jadi macam tu, dengan lawan dah kita gempur dengan kawan kita curiga pula dan kita takut. memang orang lain yang berpolitik pun ada aim dia, kita jangan dok lari la, kena jadi la pemain sarkas, harimau yang ganas tu dia main arah saja apa nak, , jangan mengaum macam harimau sebaliknya guna syur...

Kerajaan gali kubur sendiri jika diskriminasi negeri dikuasai PR

Mohd Sabri Said Thu Apr 10, 08 4:35:58 pm MYT GEORGETOWN, 10 April (Hrkh) - Kerajaan Persekutuan ibarat 'mengali kubur sendiri' jika mengamalkan diskriminasi terhadap lima negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Zulkifli Md Lazim. -->--> Katanya, sebahagian besar sektor ekonomi negara termasuk pelancongan, perindustrian dan perladangan terdapat di negeri-negeri yang ditadbir kerajaan pakatan PAS-DAP-KeADILan. Bagi mengelak daripada menerima nasib buruk, Kerajaan Persekutuan wajar membuang tabiat buruk yang selama ini menjadi amalan mereka selain suka menafikan hak peruntukan kewangan pada negeri yang tidak dimenangi BN, katanya. "Tindakan atau sikap Kerajaan Persekutuan perlu diperbaharui selaras dengan kemajuan yang dikecapi negara hari ini.�Jangan jadikan amalan buruk seperti membalas dendam yang tidak berkesudahan," ujarnya ketika ditemui di Hotel Shangrila bersama rombongan Speaker ...