Meriam Melayu Kesultanan Singora
Kisah meriam Singgora di Kota London. Kerajaan Singora atau 'Kota Singa' ini pernah menjadi satu wilayah yang termashor sebagai pusat perdagangan sekitar 1600. Pemerintah kerajaan dari keturunan Parsi ini bermula dengan pedagang dan Ulama Parsi yang datang ke Singora. Dato Mogol telah sampai ke sini dan membuka wilayah ini, dan memerintah wilayah Singora dengan restu kerajaan Siam dibawah Raja Ayutthaya sekitar tahun 1600 Bila Dato Mogol mangkat, dia diganti oleh anaknya Sultan Sulaiman Shah pada 1620 dan memerintah Wilayah Singora sehingga Patalong dan Chaiya. Sultan Sulaiman telah memajukan pelabuhan Singora, dan menjadikan pelabuhan bebas cukai bagi mereka yang membina gudang2 dan perusahaan pinggir pelabuhan Singora. Kemajuan ini menjadikan Kerajaan Patani dan Kerajaan Kedah agak cemburu dengan Kerajaan Singgora, juga kerajaan Siam mula merasa satu ancaman kepada mereka. ...
Comments
saya ada lihat gambar keluarga tuan di kundasang. untuk pengetahuan, saya adalah anak jati kundasang. sudilah kiranya tuan untuk bertandang ke teratak kami sekiranya datang lagi ke kundasang. saya mengalau2kan kehadiran para pejuang dan orang-orang hebat seperti tuan.