Anak Yatim Taiping


Bersama Eksekutif Pasaraya Giant Saudara Aznizan

Orang ramai yang hadir memberi sokongan .

Muslimat Pas Taiping yang turut membantu.


Kumpulan Robani yang merangsangkan lagi majlis


Mutiara Infaq, komiti anak yatim yang saya telah bersama mereka lebih 3 tahun ini, sedang berkembang rancak dan bergerak maju.Kini Mutiara Infaq sebagai Ngo yang dianggotai oleh 10 orang usahawan dan profesional, berusaha mengembangkan kegiatannya ke peringkat Malaysia Timur,Insyaalah.
Perak sebagai destinasi terbaru yang diterokai amat memberangsangkan, sambutan dan kerjasama tempatan yang diberikan, sumbangan yang diterima dan pihak yang turut libat diri, luar dari jangkaan awal komiti anak yatim ini.Malam ini kami di Taiping, perkarangan Pasaraya Giant, dimana berlangsungnya Expo Belia Niaga Malaysia yang di terajui oleh Alam Gapura Sdn Bhd, dan di kordinasikan oleh Tunas Indah Niaga, satu gabungan padu menggerakan Usahawan-Usahawan muda.Majlis yang dibantu oleh Muslimat PAS Kawasan Taiping diwakili oleh Ustazah Khatijah Bt Abd Rahman.Turut serta Eksekutif Pasaraya Giant sdr Aznizam, serta Kumpulan nasyid terkenal negara, Robani, turut memberangsangkan lagi pengunjung dan peserta.

Mutiara Infaq, Insyaallah, akan mampu meyumbang melebihi RM60,000.00(Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu Sahaja) bagi kira-kira berakhir 31 Disember 2010 ini, satu jumlah yang Allah kurniakan kepada rakan-rakan usahawan agak luarbiasa.Mutiara Infaq akan melawat 2 beradik yatim piatu di Kuala Sepetang, Taiping , pada 25 July 2010, Ahad 5 petang, bagi meninjau keadaan mereka dan membantu sekadar termampu, untuk memenuhi keperluan perbelanjaan tabung Mutiara Infaq.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing