Yang Bodoh, Yang Sombong

14 July, Pas cawangan Bayan Lepas telah hampir 2 tahun, menjalankan kegiatan Usrah Umum di Dewan JKKK Bayan Lepas.

Naqib yang dijemput ialah, Peguam muda Ust Rosdi Husain, selaku Timbalan Pesurujaya PAS Pulau Pinang .Beliau nampak Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab menyampaikan maklumat dan menjawab isu-isu yang di bangkitkan.

Beliau nampak berwibawa dalam menyampakan maupun menjawab isu-isu dibangkitkan, Latarbelakang peguam yang dimiliki beliau banyak membantu mengukuhkan hujan.

Pas Bayan Lepas pula beruntung dengan kehadiran ini , banyak perkara sahih lagi benar dimaklumkan, kalau tidak PAS Bayan Lepas ini hanya mendapat maklumat melalui Harakah, sebab pihak PAS Kawasan tiada yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas.

Ketidak mampu mereka itu(bodoh kalau bahasa kampung) dapat dilihat lebih jelas dengan mereka terpaksa melantik penyelaras DUN dan kerja kerja pentadbiran dari ahli Bayan Baru, sebab mereka yang ada tak mampu dan tak layak.
Saya beberapa kali sengaja buat soalan dan tanya PAS Kawasan lain, mau tak pentadbir di kawasan depa dilantik oleh orang kawasan lain, mereka semua kata 'awat bangang sangat ka hang ingat kami ni' kuasa depa ambil, duit pun depa angkut. terbayang pimpinan PAS Kawasan saya !!!kesiannn.

Sebab itu PAS Bayan Lepas mampu mendapat maklumat jelas dan terkini, sebaliknya Ajk Kawasan dan cawangan lain mendapat berita tokok tambah atau ubahsuai atau reka reka, supaya nampak ada kelayakan.
Umno bukan Parti yang kuat dah, tapi beruntung kerana dapat lawan(PAS)macam ni tidur lena pun mesti menang punya.

Dah nasib hampa, nak buat macam mana ! jawaban yang diterima bila saya cerita pada kawan kawan lain di luar kawasan, dan kepada pensyarah pensyarah USM yang PAS. 'Orang buta satu jadi ketua pada orang buta'.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan