Beriman Di Perkarangan Yang Kufur
Kelmarin, saya sembahyang zohor di Masjid Kupang, Baling.Semasa saya masuk masjid nak sembahyang ,biasanya saya suka meninjau di papan kenyataan Masjid, mencari kreativiti masyarakat setempat, biasanya bulan bulan seperti sekarang yang ada kertas A4 bertajuk Israk Mikraj.
Kita semua maklum bahawa dalam peristiwa itu kita akan dikaitkan cerita Firaun yang zalim dan kufur beristerikan Asiah yang beriman, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri Firaun Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.
Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.
Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.
Satu lagi kisah yang akan dikaitkan dalam kisah Israk dan Mikraj ,ialah berkenaan Masyitah, walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.Dan Masyitah serta keluarganya di bunuh syahid di kawan yang bergelegak kerana mempertahankan iman, dan Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.

Saya ke Baling ,dalam lawatan memastikan kisah 6 orang anak yatm di tinggalkan ibu mereka yang berkahwin baru, tanpa apa kelengkapan dan pengalaman hidup, nasiblah Allah berikan pertolongan dengan jiran yang sanggup membantu.
Semasa perjalanan balik itulah saya bersembahyang Zohor, dan melihat sebuah lori barang makanan syarikat bukan Islam, tetapi pemandunya beriman kepada Allah. Dia berhenti sembahyang Zohor 'Jamaah'.Terpegun saya seketika, dan membuat kenangan saya terhimbau kepada kisah 'Beriman di Perkarangan Kufur'
Comments