Helicopter dalam Bag
Pengalaman saya dalam business, sama ada perkhidmatan, pembuatan, peruncitan dan pemborong, sangat mengembirakan dan menguntungkan saya dari segi Ilmu,kenalan dan wang. Saya merantau keserata tempat untuk perniagaan, saya berkenalan bermacam ragam orang sepanjang business, saya dibayar setiap apa yang diuruskan.Saya juga dipaksa membayar sebarang 'try and error', 'experiment(percubaan ) ataupun kesilapan yang dilakukan saya sepanjang berdagang. Nikmat dan Sengsara saya dapat rasakan,Alhamdullilah.
Saya merantau sebab melihat bagaimana barang, berapa barang ?,dilain tempat lain harga,dan bentuk serta susunan, kaedah promosi juga amat berperanan dalam mempengaruhi pelanggan image serta alat pelaris. Pamiran dijadikan kaedah yang memainkan peranan membawa pelanggan atau pun membawa barang kedalam pengetahuan Pelangganserta pengguna. Pengurusan boleh di tafsirkan, diamalkan sebagai kelangsungan empayar perniagaan pengusaha.
Pengalaman baru saya, saya dibawa melihat pelatih dan pembuat Helicopter, mereka berkemampuan, berilmu dan berwawasan. Pusat latihan hanya dalam bilik sebesar bilik mandi rumah mewah orang melayu dulu kala, Peralatan seumpama apa yang remaja kita guna dirumah sebagai alat hiburan.
Pengalaman baru saya, saya dibawa melihat pelatih dan pembuat Helicopter, mereka berkemampuan, berilmu dan berwawasan. Pusat latihan hanya dalam bilik sebesar bilik mandi rumah mewah orang melayu dulu kala, Peralatan seumpama apa yang remaja kita guna dirumah sebagai alat hiburan.
Helicopter boleh dibawa dalam bag, satu bag kerangka badan , satu bag injin turbine atau piston, satu bag sayap kipas, maka terbanglah seorang juruterbang helicopter selepas dia memasangnya dalam masa tak sampai 30 minit, belajar kendalikan helicopter pula, hanya sepuluh jam dan terbang serta mendarat dengan selamat.Menarikkan! tapi kelulusan! Amerika yang akan keluarkan sebarang lesen udara, konon 'standart' semua negara dan warganya mesti patuh. Maka benarlah kata Ungku Aziz pada saya 25 tahun lalu di USM, Pulau Pinang ' kalau ada seorang Malaysia boleh ambil tudung periok dan pasang atas bumbung rumah dia, dan dapat melihat semua rancangan TV, dia dianggap bersalah dan ancaman Negara'.Lalu Malaysia bising pelajaran kita perlu di rombak , Peperiksaan UPSR dan PMR akan di mansuhkan!!.
Pak Pandir mencari Imam untuk bertahlil kenduri arwah anaknya, dengan pengetahuan yang diberikan, Pak Imam Berjangut!, maka kambing dibawa balik untuk jadikan imam.
Ada orang takut kepada kemahiran dan kebijaksanaan ataupun kemasyuran orang, dalam mengekalkan kuasa dan singgahsana, walaupun sebesar kekuasaan JKKK maupun sebesar empayar Balkish. Samada mereka berjubah seperti Arab atau Berbaju kot macam cowboy, mereka berkuasa sebab nak berkuasa.
Comments