Bantu sebelum Buntu



Saya berkesempatan ziarah kawan lama yang terlantar sakit sebab kemalangan, Ustaz Latif, dia lama saya kenal, sejak dia dan isterinya mula mengajar di Pulau Pinang, saya kira sekitar awal tahun 90an lagi. Dia banyak bergaul dengan saya dak kawan kawan sama parti,dan dia pernah pegan jawatan dalam parti, sampai sekarang.

Ustaz latif telah sekolahkan semua anak beliau di swasta , iaitu sekolah agama. sepanjang tempuh saya kenal dia, setiap minggu dia berulangn alik ke Kedah dan Bayan Lepas.

Baru-baru ni saya di maklum kan dia kemalangan dalam perjalanan ke Alor Setar. Masa saya terima berita saya barupulang dari Hong Kong dan China.Baru sekarang saya dapat kesempatan ziarah dia, tapi dia dah keluar wad dan menumpang dirumah abangnya, kerana dekat dengan Hospital Alor Setar , mudah bagi dia berulang pemerksaan kesihatan.Teruk juga keadaan dia , sendi pahanya pecah sedikit, tulang kaki patah dan dada.

Saya ziarah dia dan saya dimaklumkan, tak ada siapa yang bantu dia, bukan dia merungut atau mengeluh mau pun meminta, tapi saya yang korek cerita.Parti tempat dia berjuang pun tak bantu apa.

Betullah nasihat salah seorang abang saya dan beberapa kawan rapat parti saya. 'kalau susah sapa pun tak peduli' jaga! jangan jatuh susah atau miskin, nanti terbiar.Kalau nak berjuang parti mesti bijak atau terima padah, jadi mangsa keadaan, sebab dalam parti, kebajikan amat rendah dan tak di pertimbangkan . Jaga diri sebelum jaga parti!!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing