PAS: kenal Diri?

Hari ini saya dapat jemputan Jamuan Tea,Di ILP Bertam, semperna sambutan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Pulau Pinang ,Tun Dr. Hj.Abd Rahman Abbas. Majlis bermula sekitar jam 3 petang, dengan ketibaan tetamu dari rakyat jelata dan para JKKK, pimpinan setempat ,Pengurus Koperat.3.40 pula, Ketibaan TYT. Tun beserta YAB. Lim Guan Eng ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Speaker, para EXCO kerajaan Negeri, Ketua Polis Negeri,Ketua Ketua Jabatan.

Sambutan versi bukan kerajaan BN ini, dihadiri oleh mereka yang tidak pernah berpeluang hadir dulunya dalam majlis-majlis rasmi seumpama ini.Maka ramailah para lebai dan syekh, kebanyakkan mereka ini dari PAS, nampak lain gaya dan kekok dalam majlis itu agak jelas.Apa tidaknya mereka diminta berdiri apabila Tun sampai dan duduk setelah Tun duduk di kerusi khas.Sebelum duduk mereka diminta memberi hormat kepada lagu Negaraku dan Lagu Pulau Pinang.Saya dapat dengar bisikan tetamu tadi yang meluahkan rasa janggal mereka dalam pelbagai gaya bahasa, ada yang berkata' macam ni aku tak jadi TYT pun tak pa!', 'susah nak makan pun!',kata-kata yang keluar dari hati mereka kerana itu bukan budaya mereka sebelum ini.

Baru saya terfikir kata-kata saya pada kawan sebelum ini. PAS mempunyai budaya dan kebanggan mereka tersendiri, mereka lebih berbangga melawat garaj kereta yang di buat dari papan sayung YAB Tg Nik Abdul Aziz, atau kasut MB Ulama itu yang 2 pasang sahaja.Mereka akan canang serata dunia akan kehebatan pemimpin ini.
Sebaliknya ahli UMNO akan melawat bunglo dengan kolam renang pimpinan mereka yang serba mewah, sebuah bilik besar khas untuk letakkan kasut pimpinan mereka yang beratus pasang, atau garaj kereta 'ala show room' pusat jualan kereta mewah dengan banyaknya kereta, perkara ini yang menjadi kebanggan dan kemegahan ahli UMNO dan mereka mencanangkan keserata pelusuk rantau.

Perkara ini telah berdaftar dalam pemikiran orang ramai samada dia Melayu, Cina, India, Siam, Asli, Iban mau pun dayak. Kalau Pimpinan PAS mesti hidupnya amat sederhana, kalau mereka lihat pimpinan PAS bermewah, pasti mereka mula mempertikai keaslian PAS pada tokoh itu.Kalau dia Pimpinan UMNO, mesti dia kaya, mewah, isteri atau perempuan mereka bertatahkan kemewahan, kalau dia hidup sederhana , mereka juga akan pertikai , apa ni ,macam mana kita nak minta bantuan dia! suara pengikut dan pemuja mereka mempertikai.

Begitu juga pemikiran rakyat pelbagai keturunan ini berfikir segi kuasa dan pemerintahan, kalau negeri PAS yang perintah, mesti pemimpinya hidup dirumah sendiri yang serba sederhana, premis dan pusat judi mesti dia tutup dan halang, arak akan di kawal ketat, wanita akan di minta berpakaian sopan, dan yagn Islam diminta bertudung, perempuan tak di benarkan kerja malam, syarikat hiburan tak dibenarkan menganjurkan wanita bersosial menyanyi,menari. Pemaju perumahan di minta menyediakan rumah sekurangnya 3 bilik, syarikat kewangan hanya yang tidak riba.

Semua di atas itu telah terdaftar di pemikiran rakyat Malaysia, sekiranya PAS perintah!. tetapi PAS pula, parti sendiri tidak 'standart' atau daftarkan satu buku kaedah, kalau PAS perintah ini dia agenda!, sedangkan rakyat jelata dah dapat terima 20 tahun amalan kerajaan PAS, Terbukti!,Teruji!, Tapi masih ada Negeri pemerintahan PAS nak buat sendiri 'Fekah' mereka, supaya nampak susah dan bercelaru, alasan, tak sama! Negeri itu Melayu ramai , kami Melayu kurang , akhirnya rakyat jelata yang keliru dan pening dengan pelbagaian amalan. Yang menang dah, hilang semula negeri pun ada, kerana nak buat berlainan dari yang sudah rakyat terima tadi, bukan apa, mereka tak sedar, diri mereka ada budaya dan amalan tersendiri yang semua orang telah dapat terima seadanya.

Setelah selesai nyayi dan semasa makan bermula apalagi! bunyi irama menjadi suatu yang baru, bunyi yang keluar dari berlaganya camca dan garpu serta pinggan(semua tetamu VVIP pun dah dapat agak kejadian ini).
Mereka bertambah kekok apabila semasa makan sedang berselera, hidangan konvo dan orkestra di dendangkan, dengan penyanyi wanita dan lelaki, walaupun ada lebai yang jeling-jeling ambil kesempatan, tetapi ''jumhur' mereka menolak budaya itu, dan yang hebatnya, rakan Cina dan Melayu yang bukan PAS pun merasai kekoknya dan asingnya semua acara kepada lebai tadi.
Selepas itu mulalah bunyi , sayang!, makanan tak habis dan terbuang, bermewah sungguh la kita ni! kita ambil bungkus, bawa balik kenduri kat masjid magrib nanti, suara seorang dari PAS di situ. Nampak perbezaan budaya PAS dan UMNO.






Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing