Mutiara Infaq alam maya.

Mutiara Infaq rumah anak yatim alam maya.
OLEH: Mohd Sabri Said.

BALIK PULAU: Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Mutiara Infaq cuba menjadikan rumah anak yatin yang tinggal dengan keluarga masing-masing sebagai 'rumah anak yatim maya' pada masa depan selaras dengan era globalisasi terkini.

Penasihat Mutiara Infaq, Zolkifly Md Lazim ketika berucap di majlis sumbangan anak yatim
sempena Karnival Rakyat Harmoni di Komplek Sukan Balik Pulau baru-baru ini menambah, kewujudan rumah anak yatim berkonsepkan maya akan ditentukan oleh Mutiara Infaq setelah mereka ini didaftarkan di bawah kelolaan Mutiara Infaq.

Bila sesebuah keluarga anak yatim diselaraskan Mutiara Infaq akan memaparkan
kandungan peribadi di samping gambar-gambar keluarga mereka ke dalam website untuk
menyenangkan penaja mengambil anak-anak yatim ini serta membiayai keperluan mereka
samada persekolahan dan sebagainya.

"Indentiti mereka akan dipaparkan serta gambar keluarga anak yatim yang dipilih ke dalam
website untuk mencari penaja yang boleh membiayai keperluan mereka dari masa
ke semasa samada membantu dari segi perekolahan mereka dan sebagainya, " jelas belau.

Rumah anak yatim maya ini akan berperanan memperkenalkan anak yatim tersebut kepada dermawan dan para koporat yang mempunyai badan kebajikan mereka untuk memberikan sumbangan.

Progam ini tidak terhad kepada sempadan daerah atau negara di mana ia akan berkembang luas serta memberikan penaja memilih siapakah keluarga yang mahu dibantu.
Ibu atau penjaga anak-anak yatim berkenaan usah bimbang kerana anak-anak yatim terus
berada di samping keluarga tersayang cuma mereka akan dibiayai menerusi alam maya iaitu kaedah terbaru zaman ini.

"Penjaga anak-anak yatim tidak perlu bimbang atau takut anak mereka akan tinggal dengan keluarga angkat sebaliknya sekadar mendapat pembiayaan menerusi keadah terkini yang lebih canggih, " jelasnya.

Matlamat Mutiara Infaq itu tidak lain semata-mata mahu membela nasib mereka agar lebih
terjamin terutamanya masa depan mereka dalam bidang pendidikan.

Tegas Zolkifly lagi beliau percaya seandainya usaha ini berjaya anak-anak yatim tersebut
pasti berjaya mengubah nasib keluarga setelah berjaya dalam bidang pendidikan dan
bekerja pula menampung pendapatan isi rumah atau membantu pula keluarga miskin yang
lain.

"Jika mereka berjaya keluar daripada kempompong kemiskinan Insya Allah semua akan kuat samada jiwa atau pemikiran mereka. Dan, bila berjaya dan berkerjaya sendiri mereka pula akan membantu keluarga miskin lain pula, " jelas beliau.

Harapan Zolkifly yang juga Pengerusi Kumpulan Hospital Bersalin Muslimah Permatang Pauh,
mahu membina generasi atau alat utama bagi merealisasikan rumah anak yatim maya untuk mengekalkan elemen utama dalam pembesaran kanak-kanak.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing