Pekasam Puyu Ubah hidup


Saya berada di Pauh,Perlis melihat ikan Puyu 4 ekor sekilogram, dalam gelap malam sekitar jam 10.00 malam
















Ikan Puyu yang di sauk oleh pengusaha ini.












Pengusaha ini juga menghasilkan benih Puyu.






Sepanjang siang hari saya berada di Selatan Thailand di Natawi, meninjau peniaga-peniaga lembu hidup berunding untuk membekalkan kepasaran musim puasa dan Aidil fitri ini.Saya dijamu makan Tom Yam dan berbagai juadah oleh penternak dan pemborong lembu di Thailand, mungkin nak ambil hati atau melobi,kemungkina untuk saya melabur disana atau saya terlibat dalam dagang lembu ini, saya bedal saja apa yang di hidangkan, maklumlah sedap!
Bukan sekadar nasi dan lauk pauk, durian yang baru jatuh dari pokok dikawasan kandang, terus dibawa kepada saya untuk saya merasa keenakan durian mereka. Seronok juga di layan begini , tapi kalau selalu alamat , masuk hospital.

Saya selalu akan memilih perniagaan yang kurang risiko dan yang benar-benar saya ada kemampuan mengawal. Kerana selalu saya ingatkan kawan peniaga ,'biasanya perniagaan yang tak di kawal akan maju, laju dan meninggalkan tuannya', jarang sangat Tuannya yang tinggalkan perniagaan.

Sekembalinya ke Malaysia, saya di bawa melawat pengusaha ikan Puyu di Pauh, Perlis. Luarbiasa pemuda-pemuda yang saya jumpa ini, apa tidaknya, saya dimaklumkan nak di bawa berjumpa pengusaha ikan Puyu, bila saya sampai di restoran yang mereka sedang menunggu saya, saya dapat lihat dari jauh, di meja mereka setiap orang dengan laptop,salah seorang dari mereka pemilik AP lembu, sayur,dan beberapa lesen lain, mereka semua nampak bergaya dan berimage usahawan.Setelah diperkenalkan, saya di jamu lagi dengan minuman pula, dan selepas itu saya di bawa ke kolam Puyu mereka, bersebelahan dengan Lebuhraya Canglon-Kuala Perlis, di persimpanngan Pauh.

Dalam gelap gelita, tiba-tiba saya dibantu dengan lampu picit berkuasa terang meninjau kolah pembiakan benih Puyu, kemudian kolah simen penyaring ikan Puyu yang kualiti , dan kemudianya kolah takungan showroom Puyu yang sebesar 4 ekor sekilogram,wow! saya tak pernah tengok Puyu sebesar itu sebelum ini, akhirnya beberapa kolam yang di korek di paya sekitar kawasan itu.

Saya bertanya mereka macam mana pasaran?, mereka kata, tak mampu supply, demand lebih! hari ini saja, ada permintaan dari Kuala Lumpur dan Pahang yang tak mampu mereka bekalkan.Kalau over supply, macam mana, tanya saya, oh! saya buat 'pekasam yan,g sebenarnya! , saya perlu banyak ikan Puyu untuk buat pekasam, tapi tak cukup, katanya, mana mampu saya bekal kan yang hidup, tapi saya jual juga bagi memenuhi permintaan.
Mereka sebenarnya sedang perkembangkan projek 'Contract Farming Ikan Puyu', bagi memenuhi permintaan pekasam mereka.

Yang sioknya, mereka dimaklumkan, ada seorang pelabur nak melawat, tapi dia ni PAS kuat!! jelas mereka. Jadi! sampuk saya, tak ada apa la, meniaga mana ada parti-parti, kata seseorang dalam gelap gelita.
Bagus la hampa, jadi jutawan ikan pekasam, kata saya , Tahniah!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing