Merejam Di Ramadan
UMNO boleh mampus sikit masa lagi, kalau saya gerakkan fasa 2 event saya!, akan datang saya dah mula konvoi, yang akan lebih meresahkan UMNO dan BN kerana, operasi ini akan bertindak dan menjadi mekanisme untuk diasak pengundi Melayu mendekati PAS. Konvoi ini bakal menarik libatkan ngo's Melayu dan muda lebih ramai, dan tak kurang juga, yang suka artis dan riang ria, mereka pasti menurut dan mengikut serta mendekati PAS dan pimpinan.
Experiment pertama yang dijalankan ini, bersamaan dengan apa yang saya lakukan pada tahun 2003, dimana saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri, dan ketika itu, orang ramai takut dan luntur untuk hadir ceramah, akibat road block, ganguan Polis Khas dan Topi Merah.Teringat saya akan acara pertama, saya bawa Ustaz Nik Razi, (adik Tg Nik Aziz) ke Jelutong, lepas ceramah yang dihadiri sekitar 12 orang, 'kalau kita bagi seorang RM10 pada yang datang ceramah lebih untung, dari kita belanja poster,makan,minyak dan letrik, untuk ceramah kepada 12 orang' kata Nik Razi.
Selepas saya dah dapat klu, ceramah di Pulau Pinang meletup, macam bubuk asyura sedang mengelegak, seluruh daerah dan cawangan mampu menganjurkan ceramah dan kehadiran, semua orang bangga dan berani semula hadir .Kadang-kadang ada juga saya dengar, pimpinan dalam mesyuarat menyuarakan rasa pening dengan keramaian yang membuak-buak.Yang sah UMNO dan BN terpaksa belencas kudong atau cacing kena panas masa itu,kerana ledakan kegiatan PAS.Ini saya dengar dari kawan dalam UMNO yang maklum, mesyuarat UMNO mesti sebut,'Zolkifly Md Lazim'
Keputusan dan hasilnya! pasukan saya berjaya tambah 5000 ahli dalam masa 6 bulan, seperti dirancangkan. Masa itu ahli PAS yang berdaftar di seluruh kawasan dalam Pulau Pinang seramai 8000+++ sahaja, lajak daripada kerja pasukan Penerangan saya itu, sekarang ahli PAS ada lebih 26 ribu di Pulau Pinang.
Sekarang dalam keadaan ceramah menjadi malap dan suram, pasukan saya berjaya menghimpunkan 7000 ke 10,000 pengunjung pada malam akhir Ekspo selama sepuluh hari dan mendengar penjelasan pimpinan, dan pada malam malam lain mereka di seret kemajlis anak yatim, dan hiburan yang bersifat lebih intelectual dari emotional,
Sukan pula, telah mula meledak di beberapa daerah, selepas saya gerakan beberapa game melalui Cawangan Bayan Lepas, bermula tahun lalu. Semua club sukan yang dekat dengan UMNO dan BN sebelum ini, dah mula bersama rakan-rakan cawangan saya sekarang,mereka dah mula selesa duduk bersama pimpinan PAS atau hadir program.Beberapa Cawangan dan Dewan Pemuda PAS dah mula panggil minta bantuan rakan-rakan sukan saya.
Selepas ini semua Club kembara akan mendampingi pimpinan, InsyaAllah!!!
Comments