Al-Baradei Jurucakap Ikhwan dan Pergerakan Rakyat Mesir.


Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam, menlantik El-Baradei sebagai jurucakap pembahruan, ketika perarakan bantahan sejuta orang berterusan di Kaherah.
Mohamed El-Baradei, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa – AP

Berita diatas saya dapat 2hari lepas. Ikhwan sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik Islam yang tertua di dunia, sebenarnya yang menjadi tunggak kepada demonstrasi besar di Mesir hari ini.

Tidak ada pertubuhan lain yang mampu menggerakankan rakyat dengan begitu setia kepada arahan-arahan untuk mengawal penunjuk perasaan di lapangan Tahrir dan Mesir keseluruhannya. Dalam kesibukan awal demonstrasi, dapat kita lihat tindakan membebaskan beratus tahanan politik dikalangan anggota Ikhwan yang ditahan regim Hosni Mubarak.

Kejayaan Ikhwan ini telah berjaya menghimpun dan menyatukan kumpulan Redikal, Libral dan Nasionalis.. Satu fenomena yang perlu dipelajari diMalaysia ialah bagaimana Ikhwan berjaya menjadikan Bendera Mesir sebagai bendera dan lambang perjuangan pembaharuan Mesir. Tidak ada Bendera Parti-Parti Politik atau Pertubuhan tertentu dinaikan dalam semua rakaman media antarabangasa yang kita lihat. Ini semua bagi mengelakan kekitaan dalam perjuangan kelompok. Teringat saya semasa saya bermesyuarat bersama Mehdi Akib yang menjawat Mursyidul Am Ikhwan. Beliau minta supaya Parti Islam diMalaysia, mengerakan bukan Islam sebagai satu elimen baru, dengan kata lain, Fekah politik perlu diperbahrui. supaya masyarakat setempat dapat merasai kehadiran Parti Islam dan mereka bersama bertanggungjawab memperjuangkan negara yang lebih baik, bertunjangkan Islam. Mungkin ini yang dikatakan dalam buku Dr Mujahid dengan istilah 'Menasionalkan PAS'.

DiMalaysia sebagai contohnya, PAS telah berjaya mengenegahkan tokoh yang mampu ditonjolkan sebagai jurucakap, bagi menghimpunkan rakyat dan dalam masa yang sama, mengawal tekanan barat keatas kejayaan Parti Islam, seperti pengalaman FIS di Algeria . Ini dapat dilihat apabila pada tahun 1990 Pas berjaya menonjolkan YBM Tengku Razaligh Hamzah sebagai jurucakap pembaharuan, dan 1999 PAS menjadikan Anwar Ibrahim sebagai jurucakap pembaharuan sehingga hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan