Mahkamah Kekal Adun Pelabuhan Kelang

Mahkamah Malaysia yang tidak digemari pelabur asing
Singapura menjadi pilihan tandatangan perjanjian
syarikat antarabangsa kerana Mahkamah diyakin
i.

Isnin 14hb, saya berada diKuala Lumpur, kerana meneman kawan berurusan hartanya yang berjuta Ringgit nilainya. Harta yang disalah urus oleh sebuah syarikat yang tersenarai dibursa saham BSKL. Pada mulanya dia berhasrat nak bawa kes ini ke mahkamah, tetapi dibantah oleh seorang kawan dikalangan mereka.

Kawan mereka yang membantah ini, bekas CEO syarikat no 1 di Malaysia. Beliau nasihatkan tidak masuk mahkamah atas pengalaman beliau sendiri. Beliau telah didakwa oleh majikannya 7 tahun lalu. Kes beliau berjalan di Singapura, Nasib baik di Singapura, setahun selesai kes! Kata beliau. Kalau diMalaysia, kita mati dulu, kes dok dalam mahkamah lagi. Kes dia dengan majikan yang sama, satu lagi, tapi berjalan diMahkamah Malaysia, sampai hari ini belum berkeputusan

Kenyataan beliau itu saya bawa kepada rakan kongsi saya, sebelah petangnya. Dia pencen bekas JUSA. Bekas Pegawai tinggi kerajaan ini, mengiakan kenyataan bekas CEO, pada tengahari tadi. Kenyataan, kes PERWAJA yang diadili dimahkamah Malaysia, tak selesai sampai Tan Seri Eric Chia mati! Katanya.

Saya juga terkenang akan kata-kata YB Nga dari Perak, yang saya kebetulan jumpa dia di Airport Bangkok, semasa saya transit untuk balik ke Malaysia. Katanya, syarikat luar yang masuk Malaysia, tak mahu tandatangan perjanjian di Malaysia, mereka akan minta buat di Singapura. Saya kurang faham pada mulanya, sebab dia merujuk kes mahkamah berhubung dengan MB Nizar yang digagalkan mahkamah untuk bubar Dewan Undangan Negeri Perak, walaupun dia berhak.

Situasi Mahkamah diMalaysia ini sekarang, saya bukan faham sahaja, malah jadi takut pula, sebabnya, saya berniaga di Malaysia. Bukan sebab takut mahkamah akan dakwa saya , tapi rakyat akan adili Mahkamah, seperti di Mesir dan Tunisia. Pastinya ! Kalau mahkamah seperti kes ADUN Pelabuhan Klang...

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang, dan membatalkan pengisytiharan speaker DUN Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut. Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.

Teng mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu. NONEMenurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu. Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan