BAS Tempur DiMerlimau

25hb Feb. Malam ini kira-kira jam 9.malam, sekali lagi saya dengan kawan kawan berusaha, dan InsyaAllah akan berjaya menghantar satu BAS penyokong, bagi meramaikan penamaan calon Merlimau. Oleh kerana Merlimau yang umum dulu tarikhnya oleh SPR, maka Merlimaulah yang saya ambil kira.

Tapi SPR dah buat gila, dengan mempercepatkan tarikh mesyuarat dan membuat keputusan PRK Kerdau, disamakan dengan tarikh Merlimau. Saya kira Merlimau diutamakan sebagai destinasi tempur saya.


Ramai adalah satu faktor pengukur akan sokongan serta kejayaan sesuatu kumpulan dan perjuangan itu, PAS memang dikenali dengan ramainya kehadiran dan kesetian serta pengorbanan penyokong serta ahlinya.

Ramai juga, diperlu dalam memberi sokongan moral kepada PAS di Merlimau, atau mana-mana lokasi yang menjadi medan tempur pilihanraya. Dan PAS sentiasa berjaya memenuhi keperluan dan tuntutan ini. Tapi perlu diingatkan, PAS pernah tinggal 2 kerusi di Parlimen, dan ketika perhimpunan dan ceramah PAS penuhnya orang sampai keatas pokok, tiada satu negeri pun yang berjaya di tawan, dengan ramainya perhimpunan yang dibuat oleh PAS pada tahun 1986 dulu. Masa itu kalau ada ceramah PAS hutan menjadi padang, bendang menjadi lapang, kampung mejadi pesta, Pekan menjadi banjir manusia, kerana ramainya manusia membanjiri perhimpunan PAS.


Perhimpunan Pemuda 30 ribu di Kedah baru-baru ini, saya ucapkan syabas, tetapi, jangan ulang 1986..

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan