Kali Pertama Bersama Dato Dr Isa dan Anak Yatim Di Changloon.

Dato Dr Isa sedang meyampaikan sumbangan
Yang kecil nilainya, biar saya yang sampaikan.
Kali pertama saya dapat bekongsi pentas dengan Speaker Kedah. Dato Dr Isa bin Ismail, dalam majlis sumbangan kepada anak yatim di Cangloon. Majlis yang diadakan pada 5hb February, semperna EXPO RIANG RIA, telah berjaya disempurnakan dengan baik sekali.

Dr Isa yang sering saya dengan namanya, dan mutakhir ini amat popular dalam kes gantung seorang ADUN Kedah, YB dari DUN Siputeh. Dalam kepala saya, pasti garang dan kasar orangnya, manakan tidaknya, seorang YB dari gergasi BN, dia tendang keluar begitu saja.

Tapi apabila dia duduk minum bersama, dan dipentas juga bersama, rupanya berhemah orangnya. Dia amat baik dalam susun atur bahasanya. Dalam majlis tersebut, beliau menyeru pihak yang menguruskan anak yatim menyedari, bahawa mereka dan Rasullulah amat dekat, berdasarkan hadis nabi yang mengisyaratkan hubungan mereka itu ibarat, jari telunjuk dan jari tengahnya, rapat dan bergandingan.

Dia telah berjaya merangsangkan mereka yang menderma pada malam tersebut.

Tahniah Kedah !!! memiliki khazanah sumber manusia yang baik.



Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan