Sidang Diskusi Mesir

Dr Hata, Dr Syed Azman sedang sambung berbincang di luar dewan
Dato Mustafa, Dr Rosli, Dr Halimah, masih berurusan selepas bersidang.

Saya ada temujanji dengan Yb Dr Hata Ramli di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut. Sampai disana jam 10.30 pagi, dari basement, saya terus ke tingkat 5, biasanya disitu tempat mesyuarat atau taklimat kecil berjalan.

'alahuakbar tuan, sampai masuk terus dalam, ada diskusi Mesir' sms diterima dari Dr Hata, apabila saya maklum saya dah sampai, dan dimana nak jumpa. Saya malas nak masuk dalam, jadi saya duduk berihat dilobi tingkat 5, boleh juga saya membaca.

Jam menunjukkan 12.00, tapi majlis belum habis, tapi seorang demi seorang keluar ambil angin dan buang angin. Ada yang keluar dan balik terus,, antaranya Yb Yusmadi (Mp Balik Pulau), semua datang bersalam agak mesra dengan saya, dan bertanya bila sampai, dengan diperhati oleh seorang pimpinan muda yang duduk banku depan saya sejak tadi lagi, saya pun tak berapa kenal dia, dia, lagi tak kenal saya. 1.15 petang baru tamat majlis. Sambil menunggu makan , sempat saya berbual dengan semua pimpinan yang ada.

Rata rata yang keluar dengan pandangan yang agak sama, Ikwan sebagai satu-satu gerakan yang masih tersusun dan berangkaian seluruh Mesir, tapi tak akan mampu mengambil alih Mesir. 'Kalau Ikhwan Muslimin nak kuasai Mesir, Ikwah perlu berubah menjadi lebih lunak rakyat dan dilihat bersifat Nasional', itu bahasa yang keluar dari hampir setiap peserta. Ikwan mesti menerima semua perjanjian kerajaan dengan pihak luar antarabangsa dan syarikat. Jaminan Terusan Suiez, jaminan perjanjian denganUSA, PBB.

Mereka mula membandingkan Turki yang dipimpin AK, Ahli Parti ini yang berasal dari Gerakkan Islam, tapi menasionalkan skop perjuangan mereka, dengan menggunakan kaedah ' Kalau Tak Dapat Semua, Jangan Tinggal Semua'. Mereka memperkenalkan kepimpinan beramanah, keadilan, dan ekonomi yang menyeluruh, sebagai imeg Islam mereka, dengan mereka menyimpan sementara, matlamat menegakkan Negara Islam, yang mereka fahami sebelum ini. AK berjaya menjadi ketua kepada pihak liberal dan fundementalis, untuk mencorak Turki.

Pimpinan PAS yang berdiskusi pun berharap Ikhwan di Mesir mesti cepat berubah dan bertindak, jika tidak mereka akan balik jadi Pembangkan di Mesir. Selepas balik saya di tanya kawan, apa yang dibincangkan tadi? Saya kata saya tak masuk, cuma saya nampak macam ' Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tak Nampak'!!! Buku ' "MENUJU PAS BARU" Boleh mereka rujuk, kalau nak berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan