Anak Yatim DiPantai Merdeka 6 Feb.KEDAH MULA MESRA.

Badrul Hisham Bin Bahari Ahli Majlis Perbandaran,
sumbangan kepada anak yatim
Anak Yatim Diraikan Bersama Pemimpin Masyarakat Setempat
Wakil Media dan Syarikat, Turut Serta Sampaikan Sumbangan

Tapak Pantai Merdeka ini pernah menjadi kontrovesi. Dua tahun lalu, apabila saya membawa pihak Evant Managment ini mementaskan semua dasar kerajaan Negeri Kedah.
Masa itu, saya bersama syarikat ini, telah menggunakan portfolio Belia, di bawah EXCO YB Dr. Hamdan.

Tapi mungkin masa itu kerajaan Kedah baru dapat kepada PAS, jadi mereka agak berhati-hati dan takut untuk menggerakan rakyat melalui acara-acara pentas, seni, dan budaya, serta platform Belia. Kalau Belia, kerajaan lebih tumpu kepada sukan padang, samada bola, atau lain seumpama itu.
Dan masa itu juga UMNO, masih mampu menggerakan jentera kerajaan melalui pintu belakang. Apa yang UMNO buat, mereka mohon tapak Pantai Merdeka ini atas nama tertentu dengan pecuma, dan mereka serahkan kepada Syarikat penganjur Evant ini. Dan dalam masa yang sama mereka bagi lagi RM3000, untuk mereka boleh naik sama atas pentas utama untuk terlibat, bagi sumbangan atau hadiah dimajlis penyampaian.

Pihak PAS yang menerajui kerajaan Kedah pula, berada dalam keadaan serba 'suspicious' kepada semua yang datang dari bukan idea Pemimpin Parti .
Pihak syarikat terus dipanggil kerajaan Kedah untuk mendapat penjelasan, dan Kerajaan cuba membuat arahan-arahan yang kurang berkesan kepada syarikat.
Nasib baik pihak syarikat terdiri dari 'loyal supporter' kerajaan Kedah dan PAS itu sendiri, malangnya pihak PAS yang tak kenal mereka. Mereka sememangnya nak minta pihak Kerajaan Kedah terlibat sama, dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui pentas yang berjaya menghimpun ribuan peminat, yang terdiri dari mereka yang 'buta politik' tidak peka dengan masalah kerajaan, tidak minat ceramah politik. Mereka ini menjadi pengikut 'apa majoriti minat'.

Tapi Syarikat Penganjur ini telah mendapat nama di Malaysia, dan menjadi rebutan dikalangan parti politik dan Agensi Kerajaan. TV3, IKIM, Majlis Agama Islam Perak, Johor Copr, RABANI. Semua badan dan organisasi ini menunggu Q, dari Tunas Indah Niaga, untuk mengacarakan organisasi mereka dan mempromosi mereka kepada khalayak.

Alhamdulilah dengan majlis Sumbangan Anak Yatim , semperna Karnival Mahabah di Pantai Merdeka , Ahad. 6hb February ini , maka sekarang, baru Kedah mula mengorak langkah lebih mesra pelanggan........

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan