Raya Cina Jangan Jalan, Nanti Jalan Kaki


5hb Feb; Selepas saya selesai majlis sumbangan anak yatim di Changloon bersama Dato Dr.Isa, saya terus masuk Thailand. Selesai urusan pasport dah jam 11.50 malam. Untuk teruskan perjalanan pada malam hari begini, saya perlu mata wang Bath Siam, kalau tidak, semua chargenya akan bertambah, atau tiada siapa akan berurusan dengan saya.

Rupanya di sempadan Kayu Hitan atau Danok, di sebelah Siam ini, ada perkhidmatan tukar wang 24jam.

Siapa yang berurusan sehingga ke pagi subuh ni?

Siapa yang berani bertukar wang melalui jerjak besi , malam buta begini?

Rupanya pelangan mereka terdiri dari, kupu-kupu malam yang menjadi pelayan sex kepada pelancong asing, sudah tentu yang paling ramai orang Malaysia. Dalam beratur menunggu giliran, ramai wanita berpakaian sexy yang menunggu Ada yang berpasangan dengan bapa ayam atau ibu ayam, si pengapit akan belegar dalam kedai untuk melihat hiasan dinding atau barangan yang dipamer untuk jualan. Wang yang mereka dapat dari pelangan sex, terus ditukar dalam keadaan peluh dan air dibadan belum kering.

Selesai petukarang saya dapatkan texi sapu, Tawaran harga yang saya menang, sebanyak BT400 untuk jarak 65km atau bersamaan 45 minit perjalanan. Pemandunya hanya boleh berbahasa Siam. Saya sudah biasa dengan bahasa antarabangsa ni, bahasa tangan. Ada kawan saya kahwin dengan perempuan Kemboja, perempuan itu hanya boleh berbahasa kemboja, manakala kawan saya pula, tak tahu sepatah Kemboja pun. Mereka berjumpa kadangkala 4 bulan sekali dalam 2hari sahaja dia akan melayan isteri baru, kemudian kawan saya akan balik ke Malaysial.

Selepas diijab kabul oleh Imam Kemboja, dalam bahasa Kemboja yang kawan saya hanya menganguk kepala sahaja, dan bersuara 'ya', maka jadilah perempuan tadi isteri yang sah. Setahun kemudian saya dimaklumkan, kawan saya dapat anak dengan isteri Kemboja. Saya tanya dia, 'macam mana bercakap' dia kata 'Bahasa Tangan'.

Setelah makan makanan Siam , Tomyam, roti canai dan minum kafe siam. Roti yang di lengang dan layang oleh perempuan Siam. Minuman dan makanan di Siam diusahakan oleh wanita. Sebab itu, kalau orang Siam yang tak pernah datang ke Malaysia, jangan bawa dia makan di kedai mamak, nanti loya dia. Sebab dia tak sanggup lihat bulu roma, tangan mamak yang panjang hampir seinci, apa lagi kalau mamak itu ikat kain separuh pahanya 'Ya Allah' kata kawan Siam saya, yang kali pertama datang ke Penang, kenapa? tanya saya, Bulu kakinya !!!

Besoknya selepas bangun pagi, saya bersiar di pasar basah dan pasar kering, serta pasar murah 'Bazar'ditengah Hatyai. Selesai menjamu mata dan meninjau harga barangan, saya terus ke pejabat Taxi untuk ke Malaysia. Semua Taxi kereta, Van dan Bas ke Malaysia penuh, sebab raya Cina. Setelah berpeluh mencari, dapat satu brooker taxi yang kata 'ada' tambangnya BT650 sampai sempadan Kayu Hitam.

Setelah setuju, saya diminta menunngu, tak sampai 10 minit, taxi sapu sampai, Kereta Proton Saga tahun 80an. Pemandunya 'Johny' yang ramah berbual sepanjang perjalanan itu, rupanya berasal dari Ceras, Selangor. Saya kahwin dengan Cina Siam, sudah 10 tahun, dulu saya agent claim insuran kereta di Kuala Lumpur. Tahun 1999 saya tak boleh cari makan lagi disana, sebab ekonomi merudum. Saya hijrah ke sini kerja di Karoke, sebagai Kapten. Selepas bom meletup di Hatyai 4 tahun lalu, semua perniagaan di Hatyai jatuh, Tauke saya sekarang buat Tiger Show dan Massage sekali pakai orangnya. Dia rancak bercerita sehingga saya tak berpeluang mencelah. Bila ada peluang, Saya tanya dia, dari mana perempuan itu datang untuk kerja sex? Dari Burma dan Kemboja, tapi sekarang Kemboja pun susah, dia tembak guna meriam ke Thailand, Cerita dia sambil mengeluh.

Rupanya Bom boleh meruntuhkan perniagaan maksiat, pelangan sex takut mati, sebab itu mereka juga kan pelanggan ubat, supaya sentiasa kuat. untuk apa kuatnya? Jangan mati pucuk, asal nama 'mati' mereka takut. Semasa saya di Indonesia kawan saya perkenalkan satu istilah' 'NAKUTEK' nafsu kuat tenaga kurang.

Sampai di Sempadan Kayu Hitam, saya terpaksa berdiri satu setengah jam, untuk urusan pasport. Dan setelah selesai pasport, saya terpaksa balik naik bas berhenti-henti, yang akhirnya saya bernasib baik, kerana dapat tumpang kereta yang nak balik ke Penang selepas habis bercuti diAlor Star. Ada kawan yang ikut saya, saya kata kepada dia, jangan jalan masa Raya Cina.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan