Mutiara Infaq Di Kg Asli Slim. Perak


20hb Feb. Bermula seawal subuh, semua anggota Mutiara Infaq, Komiti anak yatim, telah berhimpun dengan bersolat subuh jamaah di R&R Juru Hinghway. Persiapan barang-barang sumbangan dan anggota disusun mengikut aturcara.

Dengan 7 buah MPV, dan sebuah Pickup. Anggota Mutiara Infaq akan bertolak, dan dirancangkan supaya sampai di Toll Sungkai, sekitar jam 9 pagi. Oleh kerana subuh agak lewat waktu sekarang ini, 7.30 pagi baru rombongan ini dapat bergerak. Rombongan ini menletakkan sasaran kelajuan, 150km sejam bagi sampai ikut jadual Rombongan ini akan bergabung dengan Otai SYM Bikers seramai 40 armada motor, dan dengan kekuatan 80 anggota, serta 2 buah Pickup yang diisi sarat barang-barang sumbangan untuk anak yatin dan fakir miskin. Mereka dari Otai SYM Bikers ini, sudah berada diGopeng bagi tujuan sama sehari sebelum, dan bermalam di Home Stay diGopeng, dan menyampaikan sumbangan kepada rumah anak yatim di Gopeng.

Dengan gabungan ini, KONVOI yang di namakan 'KEMBARA CINTA RASUL' , ini berhimpun di Toll Sungkai dan bergerak mengiring YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat,yang akan sampai sana, dari Kuala Lumpur.

Destinasi kali ini , Perkampungan Orang Asli, Kampung Pisang, Mukim Slim, Slim River, Perak. Dengan matlamat mendekati Orang Asli, bagi memerdekakan mereka dari belenggu penjajahan pemikiran dan kepercayaan, Mutiara Infaq menggunakan pendekatan bantuan anak yatim dan miskin sebagai menarik minar serta kemahuan masyarakat Asli. Mutiara Infaq berhasrat Orang Asli akan "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan rakyat Malaysia semuanya.
Rupanya Mutiara Infaq tidak solo dalam kerja ini, apabila sampai disana. 3 orang peguam muda sedang bergerak bersama didalam perkampungan Orang Asli disana sudah sekian lama. Bak Tony, Antony, Sdr Amin, sememangnya dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia, sebagai individu pembela dan pendidik orang asli.

Mereka mempunyai acara besar disana, Berkampung, memasak bergotong royong, bersukan dan berdailoq, pemeriksaan kesihatan. Dengan bantuan 2 doktor muda membantu mereka, hampir sudah, 2 hari mereka menggerakkan perhimpunan besar di pinggir bukit bukau, di Rasau ini.

Kg Pisang ini mempunyai penduduk lebih 150 orang, hanya 3 keluarga sahaja beragama Islam, Isteri saya yang turut sama, datang mengad. Ada 5 orang , kalau sapa nak kahwin, depa akan masuk Islam. Sambung isteri saya lagi!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan