Dailog Keamanan Islam dan Kristien

Makan Malam Bagi Membincangkan Hal
Pemuda Majlis Gereja Malaysia

Isteri Saya Turut Memberi Semangat Kepada Ustazah .

Bila saya baca akan komen atau bantahan Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM), berhubung dengan kenyataan Ust Siti Nor Bahyah sambutan Hari Valentine oleh Umat Islam. Saya terus hubungi kawan untuk nasihatkan Siti Nor Bahyah supaya menggunakan kesempatan ini untuk menggerakkan satu usaha besar menggempur maksiat yang dipelopori oleh agen-agen yang di lesenkan kerajaan Malaysia. Ust Wan Akashah, terus hubungi saya bagi mengatur perjumpaan. Saya diminta hadir ke Kuala Semeling, disebuah Restoran bersebelahan sungai yang menempatkan bot mewah.

Apabila diminta penjelasan, saya terangkan akan kelebihan keadaan ini, dan keupayaan menonjolkan Ustazah sebagai peledak yang akan memacu dailog keamanan. Kata saya!
Apabila Kristien kata, Valentine Day dan Santa Claus bukan dari Kristein, saya rasa, inilah peluang kita mencari kedamaian antara dua agama langit ini. Ustazah mesti mengajak pihak gereja membenteras maksiat yang berselindung dengan agama. Membangunkan dailog agama berasakan sumber, serta jadikan Islam itu indah dan menjadi naungan kepada manusia, walaupun mereka tidak beragama Islam.

Terpulang kepada Ustazah, kalau masih nak play save dalam melayan isu ini, kita tidak mampu mambawa Islam yang praktikal, tapi kalau nak merealisasikan Da'wah, Kenyataan Berikut dibawah boleh menjadi asas:

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini. Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik. Tiada asas dalam Kristian

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube. Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Perjumpaan ini pada 11hb Feb. Tulisan ini saya post lambat, sebab sibuk dan kurang mod menulis. Rupanya apa yang saya anjurkan, tak berlaku,

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan