Beginikah Sejarah Bukit Kepong Di Bukukan?
Saya rakamkan disini kenyataan pembohongan antara Pemuda UMNO dan Polis DiRaja Malaysia. Dan sekarang mereka sedang berlumba mendedahkan pembohongan mereka.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA). Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520. Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa. Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu. Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis. Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpata...