Ada Part Time, Boss??

Saya dihubungi oleh seorang penjawat awam melalui email dan sms. Dia bekerja waktu pejabat, pagi sampai petang setiap hari. Cuti beliau Sabtu dan Ahad, serta cuti Umum.

Ada Part Time, Boss ? Ini ialah bahasa yang dia sering guna semasa berhubung dengan saya. Atas permintaan yang sering dibuat, saya setuju berjumpa dengan dia. Perjumpaan dijanjikan dan atur, selepas solat Tarawikh, disebuah warong .

Setelah bersapa beberapa minit, saya terus ke tajuk yang dia nak.

Apa hang boleh buat, kalau nak part time kerja.? Tanya saya.

Saya boleh buat kerja office, file data dan kemas kini data! jawab penjawat awam ini.

Kalau nak kerja office , file, payah sikit, sebab, biasanya orang buat kerja macam ini, siang dan waktu pejabat.

Beberapa contoh saya berikan kepada beliau untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Kalau nak kerja kasar ada? macam memandu taxi, lori angkut pindah barang, atau kerja penghantaran. Pengalaman saya berkenalan dengan seorang guru, yang mengambil kerja kerja sambilan mengankut barang pindah rumah, menghantar barang 'segera'. Mengangkut batu jalan(milling) untuk dibuang dari jalan raya yang dibaiki. Kerja-kerja ini biasanya beroperasi sebelah malam. Guru ini sekarang mampu menghimpunkan kawan-kawan sampai 15 buah lori untuk memenuhi kerja-kerja angkut malam ini. Kata dari sumber rahsia, mereka memperolehi RM20 ribu sebulan.

Kerja repair paip, letrik, dan kunci pintu, semua ini, akan laris semasa orang dah balik kerja. Ini kerja kerja segera yang perlu diselesaikan. ada sebuah perniagaan yang mampu melantik lebih 30 orang Rider moto yang berlegar dijalanraya menanti arahan atau pesanan dari Head Quarters mereka. Terima saja arahan, kepala paip patah, Sinki tersumbat, air tak ada dirumah, mereka terus menuju lokasi alamat yang diberi. Setiap seorang Rider ini akan membawa balik sekitar RM 1000, setiap hari ke HQ. Kalau 30 Rider sudah berapa dia dapat?

Kalau ada kemahiran Komputer, boleh kerja baiki komputer peribadi orang. Kerja-kerja begini, saya pernah bertemu dengan 2 orang luar negara yang tinggal di Malaysia( Bangla). Mereka akan menerima komputer riba, atau komputer meja untuk dibaiki. mereka menyewa tempat yang murah, jauh sedikit dari orang ramai. Disitu tidur, disitu kerja. Mereka sudah terkenal, apa yang kedai tak mampu buat, Bangla ini akan dicari untuk menyiapkan kerja baiki komputer pelanggan kedai tadi. Bangla tadi berjaya memperolehi RM 12 ribu sebulan.

Kalau ada kemahiran Graphic Design. boleh ambil kerja kerja buat Back Drop, Banner, Bunting, Cover Profile . Banyak perniagaan percetakan dan reka bentuk Graphic ini memerlukan kerja kerja segera. Boleh kutip kerja kerja ini dan buat, setelah pelanggan berpuas hati, pihak pencetak atau syarikat reka bentuk ini akan membayar. Kadang kala, mereka akan bagi kerja kerja pemasangan sekali. Saya ada kenalan, seorang muda, pereka desing yang malas bangun pagi. Dia mengambil kerja-kerja sebegini, dan melakukan kerja tadi sebelah malam sahaja. Dia mampu membuat duit raya sekitar RM5 ribu sebulan.

Kalau ada kemahiran baiki barang letrik, ada kerja banyak. Saya merujuk kepada seorang juru teknik Cina yang saya kenali 15 tahun lalu. Beliau tiada kedai atau bengkel. Berbekalkan Test Pen, dia bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang jualan barang elektrik. Dia akan membaiki barangan yang rosak di kedai tersebut, barang-barang tadi dihantar oleh pelangan. Juru Teknik ini akan baiki barang tadi dengan mengambil alat ganti dari kedai yang sama. Dia juga membantu kedai alat letrik tersebut meletakkan harga membaiki sebuah alat, dan harga tadi akan di beri kepada pelanggan.
Juru Teknik Cina ini mampu mendapat pendapatan sambilan beliau sekitar RM7 ribu ke RM9 ribu sebulan. Tapi, lewat malam baru dia sampai balik rumah.

Harap-harap , kawan saya tadi boleh hidup lepas ni, kalau tak boleh juga, kita bagi rumah welfare sebagai Part Time dia atau relax time.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.