Hayat Perniagaan

Hasil kajian dari Belanda mendapati, rata-rata syarikat kolongmerat, koperat atau syarikat perusahaan di Jepun dan Eropah mempunyai hayat sekitar 12.5 tahun.

Kajian lain pula menunjukan hayat hidup Syarikat perusahaan Eropah menurun dari 45 tahun menjadi 18 tahun seperti di Jerman. Perancis pula menunjukan hayat sebuah syarikat dan perusahaan mereka dari 13 tahun menjadi 9 tahun.

Penyebab utama penurunan ini ialah kerana kegiatan penggabungan dan pengambilalihan M&A( Mergers and Acquisitions). Antara penyebab utama berlaku M&A ini didorong oleh penjualan terpaksa (distress selling) , bukannya pembelian strategik(strategic buying).

1957- Kenneth Olsen 31 tahun. Memulakan Digital Equipment Corp. Pada 1992 Wall Street Journel mengejutkan dunia dengan berita DECorp menanggung rugi USD 294 juta. Nilai saham merosot USD 199 ke USD 59. Perhubungan sulit untuk M&A dengan John Schulley dari Apple gagal, sebaliknya Apple menoleh kepada IBM.

Punca utama yang paling besar yang membawa kepada terdesaknya, dan kenapa kepada keruntuhan atau pupusnya nama besar ini, di sebabkan sikap arogan pemimpin sebuah institusi itu.

Kajian ini di terajui oleh nama-nama besar pengkaji seperti De Geus, Peters, Waterman, Jim Colins dan beberapa nama tersohor lagi.

Kalau diMalaysia, ada satu lagi keadaan yang mengakibatkan M&A. Dasar kerajaan BN, mulanya mereka perkenalkan Pensyarikatan Malaysia(Malaysian Incorporate) milik kerajaan di swastakan. Bila rugi kerajaan akan beli balik, bagi menyelamatkan nama dan maruah negara.

Pernah menjadi gergasi perniagaan yang menguasai ruang langit, atau lautan maupun daratan. Pendek kata, Angin. Api. Air.Tanah, semua mereka berjaya kuasai, macam orang Melayu dulu buat perkiraan kerja.

Kawan-kawan yang menerajui perniagaan, awas! ini fakta 5 tahun lalu...

Kisah Dinasor ini sedang mengambil tempat didunia kita sekarang, malah semakin pantas Lagenda terjadi..


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.