NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS)

Kabinet melantik G.Palanivel, Menteri ke 30, yang rekod kalah. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.



Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".
Dari saya kecil lagi, kalau dekat Pilihanraya, pasti ada ilmu batin dan silat baru untuk bunuh Cina.






Akuan bersumpah Ummi Mirza anak alahyarham Baharudin Ahmad korban kezaliman keatas Bersih 2.0, mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini. Polis Malaysia boleh masuk pertandingan silap mata, lawan dengan David Coperfield.




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan kewujudan nama ‘Kg. Baru’ sebagai pengundi berdaftar berpunca daripada kesilapan semasa pendataan Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih).

Status Mismah dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara sebagai penduduk tetap bagaimanapun bertukar pada sebelah petang sebagai seorang warganegara. Pandai P.Ramlee buat cerita"Sumpah Orang Minyak"



KOTA KINABALU: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam rusuhan di London yang tercetus pada hujung minggu lalu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sebenarnya tiada sama sekali di kawasan itu.

You Tube menyiarkan seorang pelajar Malaysia Asraf di serang di London pada hari yang sama menteri luar buat kenyataan diatas. Menteri kita asyik main sms kot??



Penawar Menafikan telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, dipengerusikan oleh Aziz yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penawar didakwa telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Ini dia dikatakan Penawar beracun!!!


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.