Apa Rasionalnya ?

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Kewujudan beberapa siber kasino di sekitar pusat membeli belah di Pulau Pinang semakin banyak, namun didakwa tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, walaupun isu itu dibangkitkan beberapa kali dalam Mesyuarat Ahli Majlis yang dihadiri oleh pihak polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), namun tiada sebarang tindakan berkesan yang diambil untuk menangani gejala maksiat yang mula bermaharajalela itu di negeri ini.

Menurutnya, hasil pemantauan ahli majlis mendapati banyak siber kasino yang kian menular.

“Namun semenjak April tahun lalu, pihak majlis mendapati tiada sebarang tindakan yang lengkap diambil untuk membanteras gejala maksiat seperti siber kasino di negeri ini. Dulu masa zaman Almarhum Dato Ustaz Fadzil Nor jadi President PAS, dia pernah ibaratkan dalam Muktamar, " Kalau budak dok seberang jalan, tak pa la kita jerkah(tinggikan suara), Ni budak dok dalam dukung kita pun kita jerkah juga?"

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.