Azizi Dalam Kenangan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Pemergian novelis terkemuka tanah air, Azizi Abdullah (gambar) ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Pemergian alahyarham aku dapat berita melalui sms. Kematian beliau juga menghimbau kenangan aku bersama seorang guru bernama Cikgu Mat Isa. Kami bersama pada satu malam, awal tahun 90an, menziarahi Alahyarham Azizi Abdullah, dirumah isteri beliau di Titi Teras, Balik Pulau.

Alahyarham sudah menikah baru dengan salah seorang keluarga bekas YB ADUN Telok Bahang. Rumah kayu tradisi yang besar dan tinggi itu, aku dan kawan ku daki tangganya. Beliau seperti orang kampung biasa menanti kami dengankan pelikat dan baju Kancing Praak (istilah baju 'T' putih,biasanya keluaran PAGODA). Bersama beliau dirumah itu, dua orang anak gadis belasan tahun, mereka ialah anak tiri kepada Azizi.

Adat Melayu yang dipahat kepada sistem dan senibina rumah, serta cara menerima tetamu itu, seperti biasa, menerima kami yang menjadi tetamu agak istimewa. Maka kami dilayan atas Serambi, walaupun malam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

Kawan saya bersama hadir itu Cikgu Mat Isa, yang juga pernah menjadi guru saya dalam mata pelajaran Ilmu Alam(nama salah satu mata pelajaran masa itu) di sekolah menengah itu, memang agresif orangnya dari sudut berkempen PAS. Dia sentiasa membawa borang Ahli PAS kemana sahaja dia pergi, walau pun ke sekolah mengajar.

Siap duduk bersila dengan Azizi bersamsama, tanpa menyentuh apa-apa isu perbincangan, Cikgu Mat Isa terus hulurkan borang Ahli PAS kepada Azizi Abdullah. 'Nah isi borang ni, aku tak mau dengar apa. Takkan hang nak dok dalam UMNO' sergah Cikgu Mat Isa!

Itulah gaya saya berkempen tahun 80an dan 90an dulu. Siapa yang tak pernah kami jumpa untuk ajak masuk PAS? Kekadang kami berjalan 3-4 rumah satu malam untuk mengajak mereka masuk PAS. Petangnya pula, semua kedai kopi yang ada di Balik Pulau itu, kami akan pergi untuk mengajak mereka yang belum ahli menyertai PAS, tak kisah dia pimpinan UMNO pun kami akan ajak juga.

Kematian Azizi memang terasa kenangan dan kehilangan seorang pejuang PAS yang berjasa....

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.