Kreatif : Safari Ramadhan

Sumbangan dari Hj Izham Pengarah Mutiara Infaq kepada Hj Rosidi Hussain, Penyelaras KADUN Penaga
Sumbangan Disampaikan kepada Ibu warga Emas di Kampong 40, Pasir Gebu, Penaga.
Safari Ramadhan hasil kreativiti Penyelaras KADUN Penaga sedang berkhidmat.
Warga Emas yang sentiasa mensyukuri akan perihatin orang muda.
Berbekalkan idea dan kreatif menjenamakan sesuatu , KADUN Penaga yang di selaraskan oleh Tuan Hj Rosidi Hussain telah berjaya membawa satu kesan besar kepada masyarakat desa di persisiran laut disini.

Safari Ramadhan yang dicetuskan oleh Penyelaras KADUN Penaga ini mula bergerak sekitar jam 5 petang selepas solat Asar. Setiap hari mereka mensasarkan 5 ke 7 buah rumah atau individu yang perlu kepada bantuan dan perhatian.

Beliau bergitu aktif dan mendapat dokongan dari para sukarelawan penggerak kegiatan, yang terdiri dari berbagai latar belakang dan bidang kemahiran. Kepala Batas yang terkenal dengan kawasan Parlimen mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini, mula mendapat nafas baru dengan adanya mereka yang muda belia, serta berkemahiran dan sedia berkhidmat dengan Penyelaras KADUN dari PAS ini.

Para dermawan dan hartawan dari serata pelusuk tanah air juga, begitu ghairah turut bersama-sama libat diri dengan menyertai kegiatan murni ini. Bagi mereka yang ingin bersama boleh berbuat demikian dengan menghubungi penagadaily.com

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.