Ezam Nak Berlakon Pula?

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad. Kenyataan dalam tweet dia...


















Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, Balaci UMNO itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu. "Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.

Orang Tanjong kata , 'Tak dak Teloq'............
Orang Melayu kata ' Dah Ludah, Jilat Balik'......

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.