Mereka Bersama

Kerana iklas membantu seorang Cina yang kelaparan, Kamarudin Leong di beri hidayah oleh Allah
Merantau dari Sarawak, akhirnya Amir Yii bertemu Iman di Ipoh Perak.
Kisah Nabi-Nabi dan Mukjizat yang dia dengar semasa tadika Kristien, dan cerita Nabi-Nabi versi Islam yang dia dengar, mendorong Izatti Lau(Tricia) melangkah yakin bersama akidah Islam.
Setelah sekian lama berbincang, dan sekarang baru dapat melaksanakan program bersama mereka-mereka yang mendapat Iman, selepas sekian lama mencari. Mereka kebanyakan dikalangan bukan Melayu,

Setelah beberapa siri pengkisahan pengalaman mereka, bagai mana mereka menemui Iman, boleh saya rumuskan bahawa, kebanyakkan mereka menerima Hidayah Allah secara langsung tanpa dari seruan orang-orang yang asal Islam.

Dari pengkisahan mereka ini juga, boleh dirumuskan bahawa Umat Islam di Malaysia, amat rendah usaha mereka memperkenalkan Islam kepada masyarakat . Mereka asyik dengan karenah dalaman dan warga Islam itu sendiri.

Kejahilan masyarakat bukan Islam diMalaysia dengan Islam dan malasnya Umat Islam menyelidik budaya dan kehidupan masyarakat bukan Islam, menyebabkan Islam dilihat ancaman dan asing bagi mereka di negara kita.

Mari kita bersama mengorak langkah , mari kita setiap Sabtu, jam 9 pagi, kita bersama mereka diatas Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.