UMNO Amal Kurafat Korban

Kesan dari Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Beliau bertindak mendedahkan satu konspirasi besar dikalangan UMNO.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

UMNO terpaksa lakukan kurafat korban manusia terdiri dari orang terdekat, untuk kembalikan kuasa. Sedangkan semua kepercayaan purba menyembahkan korban dalam bentuk binatang , kecuali UMNO.....

Mari kita lawati kisah kisah korban jahiliah...

Kisah 1.

Imam Thariq bin Syihab menuturkan kisah indah, “ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami oleh sebuah kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberikan korban sebagai sembahan untuk berhala itu. Jika tidak mau memberikan korban, maka mereka tidak akan dibiarkan keluar dari daerah itu dalam keadaan hidup.

Kisah 2.

Perayaan ini memiliki akar sejarah berupa beberapa kisah yang turun-temurun pada bangsa Rom dan kaum Nasrani pewaris mereka. Kisah yang paling masyhur tentang asal mulanya adalah bahawa bangsa Romawi dahulu meyakini bahawa Romulus-pengasas bandar Rom-disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fizikal dan kecerdasan fikiran.

Bangsa Rom memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan mengadakan perayaan yang megah. Di antaranya adalah amalan menyembelih korban seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang kuat fizikalnya.


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.